Monday, 8 February 2010

ureshi (happy) mode =)


yeehaa...
hari ni mau ckp perkara yg happy2 je..
pekara yg buat aku tersenyum puas =)

alhamdulillah..
syukur sgt2 kepada Ilahi sbb atas nikmat2 yg diberinya,
aku berjaya submit final thesis pada hari ni!
otsukares kepada diri sendiri , kengkawan yg mmg bertungkus lumus setahun nih.
good job minasan.

walopon masih ade happyou (final presentationn) jumaat ni..
tp untuk pencapaian hari ni sudah cukup tok buat ku senyum sampe telingaaa...=))

betul la azham senpai ckp bile da berjaya ke satu tahap kite leh lupe kesengsaraan dan kepayahan yg kite lalui b4 nih untuk ke tahap ini...!!

perasaan habis setahun berkenkyu adalah x sama dgn habis exam.
perasaan habis kenkyu adalah satu kepuasan yg teramat sekali, hasil kerja diri sendiri yg akhirnye buat ku rasa berguna juga aku nih kepada org sekeliling dan diri sendiri.
ye la setahun berken9 bukan sorg2 je tp kene berinteraksi dgn org len, diberi peluang to be a leader among japanese bukan satu yg mudah kalo x de bantuan senpai dan kepercayaan sensei..
tuhan je yg tahu betapa x retinye nk uruskn org yg bukan dr kalangan kite dan culture yg len.
wuaa..bersyukur byk2!
huhu takut sgt kalo2 diri ni jd org yg tak bersyukur.
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah

yg baik2 tu sume dtg dari Nya.
yg buruk tu sume atas kesilapan aku sendiri.

Saturday, 6 February 2010

ohh no! jerawat!!!


sape suke jerawat?? x de sapa suke kn..
tapi tahukah anda kedudukan jerawat di kawasan badan kite juga mempunyai mksd tersendiri?
fikir2 kan lahh...
percaya atau tidak? jagalah kesihatan kite dgn membanyakkn makanan sayur-sayuran dan buah-buahan.
mmg la bile umur makin meningkat jerawat makin berkurang dan lame2 hilang, tp takkan kite nak biarkn jerawat dtg time muda, kemudian bile tua nanti muka kite berlubang2 akibat kesan jerawat di masa muda!?

ohhh! tidakk!

DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup
dan minum air banyak

HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin
bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan
sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh
dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan
dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu
mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang
bermasalah.

PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang
sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin
tersingkir dengan lebih baik.
**********************************************************************

huhu aku selalu didatangi jerawat di pipi kanan...
harap2 paru2 ku sihat walafiat

Thursday, 4 February 2010

bukak tingkap tarik nafas..fuhhh ahhhh

seharian dok dalam ghumah
dok depan danbou (kerosene heater).
menyebabkan aku menyedut karbon monoksida byk sekali
menyebabkan tetiba ptg td aku sakit pale.
kesakitan itu melarat hingga ke mlm.

hish x leh jadi sbb nk wat keje. siapkn sisa2 ronbun

jam 9 30 mlm..kepala bedenyut bukan kepalang..
this is not good..
fuhh..tampal koyok
telan pil
bukak tingkap luas2
tutup danbou
berselubung dlm futon

sejam kemudian

wahh..segarnye..
hilang sakit pale..
rupanye perlukn udara segar

keluar futon
tutup tingkap
on danbou
sambung wat keje..
sambil tersenyum

*tiba-tiba terindu kt kampung kiryu. iskiskisk


#pengajaran---> jgn biarkan anda hidup berudara kan karbon monoksida.
boleh membawa maut. rajin2 le bukak tingkap.

Wednesday, 3 February 2010

Anda semakin matang bila.....

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

*dipetik dari iluvislam.com

Monday, 1 February 2010

friends

when we talk about friend mesti korg sume da terbyg name dan muka setiap sorg kawan yg korg ingt dan sayang.

bagi aku "friend" or "kawan" or "sahabat" adalah setiap satu perkataan yg melambangkan friendship..sama ada korg menghargai nya atau tidak.

bila aku digelar kawan...itu adalah satu title yg sangat berat buat ku..
apatah lagi jika aku digelar dan dianggap sahabat oleh sesiapa shj...

kerana

setiap seorg yg menggelar diriku kawan..atau sahabat..
mereka membawa harapan besar ..
supaya aku boleh jadi tmpt bergantung, tumpang suka dan duka..
dan tmpt tuk luahan perasaan atau sbgnya..

tp aku...
kerana aku mungkin tidak berjaya menjadi seperti ape yg diharapkn..
aku mungkin tidak pandai untuk menjadi org yg sentiasa berlapang dada..
sentiasa memberi sokongan...sentiasa memberi kebahagiaan kepada sesiapa yg menggelar aku "kawan" atau "sahabat" itu...
aku sentiasa merasai kegagalan dlm membawa title "kawan" itu..

sejak dulu lagi, aku takut...
takut untuk menjadi kawan atau sahabat bg sesiapa...

start dari form 1..

sampai form 5..

mgkin aku ada berjumpa dgn 2 3 org yg rapat dgn aku.

aku x pasti...
adakah aku layak untuk menjadi sahabat atau kawan yg special untuk sesapa shj..
aku tak berani..sbb aku takut lukakn hati org..

apa yang pasti...
aku sentiasa memberi layanan yg sama kepada sesiapa shj..mungkin ade 2 3 org yg dpt layanan special dari aku.
aku sentiasa beri pendapat aku yg ikhlas, dan berterus terang dgn sesapa sjh ttg pekara yg aku rskn aku perlu suarakan..

aku sgt setia kepada sesiapa yg setia dgn aku..
dan sgt ssh untuk mengenali aku..melainkn org yg betul2 rapat dan kenal aku...
aku sentiasa nmpk gembira..sbb aku x suka fikir pekara duka..
bile aku beduka..cpt pula kembali gembira...dan melupakn pekara yg lalu..

dan yang plg penting org yg plg aku rapat je kenal aku.
ketika aku sedih, aku gembira, aku gelabah, aku tertekan..

org2 yg biasa...akan kenal aku sebagai aku yg sentiasa gembira..ketawa..sengal..dll

kdg2 kite rasa org yg sentiasa menyokong kita dan senyum dpn kite itulah sahabt sejati..
tp bg aku..instead of that, org yg berani berterus terang ttg sikap aku...menegur kesilapan aku...
adalah shabat aku yg sejati..sbb sebenanrnya kite sendiri x kenal diri kita...tp org2 di sekeliling dan sahabt2 dan kawan2 kite la kdg2 lebih mengenali kita..
bila mereka sayang kite..mereka inginkan yg terbaik buat kita..

mcm aku jugak..bile aku sygkn seseorg (cthnye..sahabat)..
aku ingin kn yg terbaik buat die.

terima kasih kepada sahabat yg sudi mendgr cerita ku, celoteh ku, bebelan aku, memberi nasihat dan pandangan kt aku...cerahkn bila pandangan ku kabur..dan sudi terima aku seadanye.

apa yg penting ..jgn la kita jd manusia yg gilakan pasir nun jauh di sana, sedangkn emas hanya di depan mate kite je...tp kita x perasan n abaikan.
maksudnye. kite selalu nmpk org yg jauh itu boleh jd shabat kite..tp kite lupa, sahabat2 yg dekat di depan mata kite ni jauh lebih selalu ambil berat psl kite..dan syg kn kite..sbb die lebih kenal kite..dan kite x tau betapa byk pengorbanan die utk jaga hati kita..
yang jauh tu...mungkin kenal luaran kita saje..

last but not least...
jangan la kite hanya fikir ape yg org leh buat tok happykn diri kite ..fikirlah ape kite boleh buat untuk org lain..

hmmm..bile pk balik complicated kan hidup berkawan..ni pulak pompuan..bukan sume org leh take it easy je mcm kebykn org laki.
so , aku mengambil langkah..kalo bole x nk begantung pd org len..
biarla sape2 nk begantung ng aku...yang penting aku ade diri aku, famili dan org yg disayangi.
dgn adanye derg hidupku lengkap.=)

Thursday, 28 January 2010

kata2 semangat dari Prof Takumi Miyoshi (supervisor ku)

Takumi MIYOSHI

To 自分, p08435
詳細を表示 1:49 (11時間前)

Ladies,

I am very proud to have pretty and tough ladies from Malaysia.
I believe you have built up your confidence in MINET.

Ladies, I hope your great success in Malaysia or in our graduate school!


Cheers,
Takumi
we did it bebb!!

pretty ladies.. =)

ini adalah separuh dari email daripada supervisor lab kami kepada kami bedua (asmiza + ain)..
dari kate2 die buat aku rasa kepayahan dan jerih perih kami spjg berada dlm lab nih dihargai oleh sensei..
berakhir nye penulisan thesis kami akan membukti kan walopon kami ni perempuan ( xpandai komputer, x pandai programming, x pandai mcm2 lg hal2 teknologi nih) + bukan bhs kami pon nihonggo ni..--->membuktikn kami juga bolehh..mengalahkn nihonjin sendiri ! yeayy

asmiza kite menang!! hikhik

dan kepada kawan2 JAD lain, yg juga sedang bertungkuss lumus on thesis, ada jgk da anta n tggl final presentation je..GOOD LUCK bebeh!! we did it!!!!!!

Monday, 25 January 2010

toyu oh toyu

ain : "toyu oh toyu! kenapa pagi tadi terlepas lagi?"

abg lori toyu: "macam mane aku x terlepas, engkau bangun lambat..engkau bgn lambat"

ain:"toyu oh toyu! kenapa ptg td terlepas lagi?"

abg lori toyu:"macam mane aku x terlepas, engkau x balik lagi..engkau x balik lagi"

******************************************
*info
灯油(touyu) ialah minyak tanah dimane ketika musim sejuk di Jepon, touyu sangt diperlukan
untuk memanaskn badan dan umah yg sejuk bangat.

-cara penggunaan-
bukan dilumur di badan ye ..tapi dimasukkn ke dalam heater..sbg alat pemanas..
touyu digunakan sbg cecair pembakar dlm heater itu..


inilah die heater itu.
(japanese kerosene burner)
besau gabak kn


di daerah higashi omiya, saitama ini..
semggu 2 hari akan ade abang lori toyu yg lalu untuk menjual toyu..harga nya agak mahal drpd toyu yg dijual di stesen minyak..iaitu 1380yen.
tetapi bagi wanita bujang macam aku yg x larat nk angkut toyu 18 kg gune basikal, dan x mo menyusahkan jejaka2 bujang yg berkereta semata2 tok tlg anta aku beli toyu..
jadi aku rela bayar lebih ..dan tunggu hari isnin dan jumaat, setiap pagi dan petang untuk beli touyu.

tp malangnye..abg lori toyu dtg pagi pukul 915~930am, dan petang 630pm..
malangnye, saikin (lately) pagi2 aku asik terbangun lambat..kol 10 gitu...---> terlepas beli touyu!
petang2 pula..630pm gitu aku masih di lab (akhir2 ni "seronok" sgt ye dok lab..sampe tak nk blk (bluwek))---->sono kekka---> terlepas lg beli touyu!

jadi cmne tuh kawan2?

ohhh abg toyu! come to me..i'm freezing in my own house...

© jibun no kokoro kara... - Template by Blogger Sablonlari - Header image by Deviantart