Thursday, 25 February 2010

Aturan Allah s.w.t

manusia hanya mampu merancang..
Allah yg menentukan segalanya.

Kalo ikutkn aku punye kertas perancangan idup ade bykkkk...
tp x semua yg dirancang jd kenyataan kerana
Allah tu lagi tahu ....

Yang baik tu dari-Nya, Yang buruk tu dari diri aku sendiri

Wednesday, 24 February 2010

kenapa aku?

soalan:
kenapa aku perlu pilih jalan susah kalo diri x mampu?

Jawapan Orang:
alaaa..ko boleh punye ain! ko bukan tau pon masa depan ko cmne..
ko boleh jd sugoi nanti!!

Jawapan aku dlm ati:
Aku tak tahu kemampuan aku..n aku pon x tau aku boleh ke tidak
dan sebenarnye aku tak perlu pon nk jd sugoi! apa yang aku ada skrg da terbaik da !

soalan:
kenapa aku perlu memikirkn org lain walopon aku tau aku x boleh?

Jawapan org:
hmmm..soudane..tp aku tau ko boleh punye ain!! (ni je la kate2 semangat yg org len leh bagi)

Jawapan aku:
tu lah ..bimyou! Aku terpaksa buat walopon aku tau aku sendiri akan sakit..

soalan:
Jadi macam mane skrg? Macam mane aku nk bitau isi hati sbenar?
Takpe ke aku menjadi wagamama (penting kan diri) seterusnye menyusahkan org lain?

Tiada jawapan untuk soklan2 di atas...

huhu...biarkan lah aku pulang...dan decide kehidupan ku sendiri...

Monday, 22 February 2010

今の状況

huhhh..
cmne nak mulakan..
besar keluhanku bila memikirkan masa depan yg kabur2 je skrg nih.
wut to do..
ujian Allah nak bagi.
terima je dgn redha..

jam 6.55 pagi waktu jepon.
terima email lagi dari Inoda-San ..org 国際交流(International department) Shibaura koudai.
dia seorg yg sgt bagus bekerja..cepat dan sentiasa melaporkn laporan terkini ttg masalah yg melanda sekarang.."UIA"! Dia sentiasa melaporkn hal terkini dgn forward email kepada aku dan supervisor ku Miyoshi Sensei

update untuk hari ni:
kes ini telah dipanjangkan dan menjadi hal yg besar bile ia melibat kan org Jucte, Shibaura koudai ( sbg pihak yg plg dekat ng JAD selain Takudai)..dan sekarang senseitachi, org atasan JAD..Mizuno Sensei , Tachibana sensei (Vice-Chair Malaysia Project Comittee), dan YPM sedang duduk berbincang mengenai perkara ni dan cara penyelesaian nya.

YPM insyaAllah akan membantu menaja student2 yg "dicampak" oleh UIA nih dgn mengikut bajet. Itu adalah mengikut rezeki masing2.
Ikut keadaan skrg ade 4 org yg confirm kene sambung kat msia..tu pon disebabkan atas usaha sendiri tok kontek org UIA. Tiada sebarang pemberitahuan secara rasmi oleh pihak UIA tentang keputusan fellowship ni.
sangat tak paham..UIA seperti x serius dlm hal ni.

Jadi kepada sesiapa 10 org lagi candidates sila la tanye condition anda skrg macam mane.
UIA nampak nye seperti paku yg diketuk baru bergerak.

Dlm keadaan ini..sebenarnya pekara tidak akan menjadi buruk kalo situasi atau scholar bersyarat ni di terangkan oleh pihak UIA secara rasmi dan profesional.
Bila keadaan mcm ni , ia sgt menyusahkan pelajar dan pihak universiti jepon yg sgt prihatin terhadap pelajar2 nya. Disebabkan UIA adalah universiti international ia sepatutnya bertindak profesional.

Kesan2nya:
1) Pelajar yang dah mendapat tempat di Universiti msg2 di Jepon mengalami masalah kerana ingtkan dah confirm pasal hal scholar. Pihak Universiti plak dah mintak yuran master yg perlu di bayr dlm bulan Mac jugak. ( Semester di Jepon bermula bulan 4 dan yuran harus dibayar sblm itu). Tapi skarang nih situasi tergantung. Ibarat ditelan mati mak , diluah mati bapak.
sebabnye x tau dpt smbg ke x.Kalo byr lepas tu rupe2nye x dpt skolar..macam mane tuh?
Kalo lmbt bayar plak, nanti x leh sambung master .(kalo2 rupe2nye dapat skolar)

2) Masalah visa. Disebabkan pengurusan UIA yg tidak profesional n lambat.
Pelajar2 mengalami kekangan masa. Sbb Visa tamat sekitar tarikh 21, 22, 23 MArch 2010.
Kalo bende ni masih x dpt dikonfirmkan..ia sgt menyusahkan.

3) Pemberitahuan yg lambat menyebabkan pelajar2 tidak bersedia untuk pulang.
biasala ni bukan pulang dr hostel kelantan balik kolumpo. Nih nak balik selepas 2 Tahun belajar di Jepon..ingt senang ke.
Untuk baai aku, x ready pon pasal duit sgt.. kalo tau kene blk boleh la kumpul duit skit2..

4) Mane nak letak muka depan Sensei.
mane x nye..da dapat suisen (recommendation) untuk smbg.
da digelar M1..da diberi tugas macam2...
dan yang plg penting dalam lab aku thn ni aku sorg je M1...
takde langsung nihonjin.
aku sorg!
Jadi kalo aku x dpt smbg master sensei akan komaru (bermasalah).
Sebab setiap thn sensei perlukan M1 untuk uruskn hal lab n guide kohai 4 nensei.
No wonder sensei ku sgt riso kalo aku x dpt further study kt sini.
Kalo ade nihonjin M1 ke maybe die x kisah lagi..
Secara x langsung terasa diri sendiri menyusahkan sensei.
(huh ..tp jauh disudut ati aku nih..rasa nk lari je dari keje2 M1.. i wish ade sorg lagi teman aku jd M1 dlm lab..difficult to handle everything alone walopon senpai M2 bagi sokongan)

5) Nama Malaysia sendiri yg buruk.

Papepon, Semoga perjalanan kite nih dipermudahkan olehNya.
kawan2 jom la doa yg terbaik tok kami.

*Latest news will be updated.

Saturday, 13 February 2010

kenapa manusia semakin kejam?

mayat rentung bayi lelaki ditemui dalam tong sampah

kenapa manusia semakin kejam?
kenapa semakin hilang sifat kemanusiaan dlm diri makhluk yg bergelar manusia?
kenapa nyawa di jadikan seperti tiada nilai?

Bukankah hanya Allah s.w.t yg berhak memberi nyawa seterusnye mengambil blk nyawa manusia?
Apakah hak manusia kejam itu untuk mengambil nyawa bayi tidak berdosa itu?
Kenapa manusia semakin jahil?
Kenapa manusia semakin jahil walaupon negara Malaysia itu "dikatakan" negara Islam?
Apakah maksud negara Islam?
Negara Islam = majoriti penduduknye Islam dan pemimpin nye menjalankan tanggungjawab sbg khalifah Islam.
Bukan sahaja pemimpin tetapi setiap rakyat nye yg beragama Islam, bertanggungjawab terhadap keIslaman mereka..
bukan Islam hanya di MyKad.
Astagfirullah ..

Aku jauh dr negara Islam (Malaysia) negara ku sendiri...
tp aku rasa dekat dengan Islam..
Kenapa bila di negara Malaysia sendiri..terasa jauh dari Islam?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?

Bila difikir2 balik...
kejadian2 anak luar nikah..
bayi dibunuh..
adalah kerana lelaki terbabit..tidak mahu bertanggungjawab..
atas perbuatan lelaki yg tidak bertanggunjawab..
walopon itu adalah dr kesalahan wanita juga..
tetapi bukankah lelaki itu diberikan otak yg lebih panjang akalnya dari wanita?

makin byk kejadian2 x bermoral ini..
menunjukkn..
semakin kurang lelaki2 yg sepatutnye menjadi pemimpin dan khalifah..
semakin kurang lelaki2 yg boleh menjadi contoh baik.

Jika ingin tahu keadaan satu negara pada masa hadapan, lihatla anak mudanye masa kini..

jika anak muda skrg tidak bertanggunjawab...layakkah di masa hadapan memikul tanggungjawab?

Wednesday, 10 February 2010

responsibilty and careless


huahuahua...
anda memegang sekinin( responsibility) yg besar..tp bile anda kerap careless..
anda bukan la ketua yg bagus....

huhu..
anak buah anda komited..jadi anda juga kenela komited..
huaaaa...

benkyou ni narimashita!
次回、また気をつけます!-saya akan berhati2 di masa hadapan- T_T

Monday, 8 February 2010

ureshi (happy) mode =)


yeehaa...
hari ni mau ckp perkara yg happy2 je..
pekara yg buat aku tersenyum puas =)

alhamdulillah..
syukur sgt2 kepada Ilahi sbb atas nikmat2 yg diberinya,
aku berjaya submit final thesis pada hari ni!
otsukares kepada diri sendiri , kengkawan yg mmg bertungkus lumus setahun nih.
good job minasan.

walopon masih ade happyou (final presentationn) jumaat ni..
tp untuk pencapaian hari ni sudah cukup tok buat ku senyum sampe telingaaa...=))

betul la azham senpai ckp bile da berjaya ke satu tahap kite leh lupe kesengsaraan dan kepayahan yg kite lalui b4 nih untuk ke tahap ini...!!

perasaan habis setahun berkenkyu adalah x sama dgn habis exam.
perasaan habis kenkyu adalah satu kepuasan yg teramat sekali, hasil kerja diri sendiri yg akhirnye buat ku rasa berguna juga aku nih kepada org sekeliling dan diri sendiri.
ye la setahun berken9 bukan sorg2 je tp kene berinteraksi dgn org len, diberi peluang to be a leader among japanese bukan satu yg mudah kalo x de bantuan senpai dan kepercayaan sensei..
tuhan je yg tahu betapa x retinye nk uruskn org yg bukan dr kalangan kite dan culture yg len.
wuaa..bersyukur byk2!
huhu takut sgt kalo2 diri ni jd org yg tak bersyukur.
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah

yg baik2 tu sume dtg dari Nya.
yg buruk tu sume atas kesilapan aku sendiri.

Saturday, 6 February 2010

ohh no! jerawat!!!


sape suke jerawat?? x de sapa suke kn..
tapi tahukah anda kedudukan jerawat di kawasan badan kite juga mempunyai mksd tersendiri?
fikir2 kan lahh...
percaya atau tidak? jagalah kesihatan kite dgn membanyakkn makanan sayur-sayuran dan buah-buahan.
mmg la bile umur makin meningkat jerawat makin berkurang dan lame2 hilang, tp takkan kite nak biarkn jerawat dtg time muda, kemudian bile tua nanti muka kite berlubang2 akibat kesan jerawat di masa muda!?

ohhh! tidakk!

DAHI

Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup
dan minum air banyak

HIDUNG

Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin
bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan
sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh
dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU

Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan
dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu
mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang
bermasalah.

PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)

Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang
sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin
tersingkir dengan lebih baik.
**********************************************************************

huhu aku selalu didatangi jerawat di pipi kanan...
harap2 paru2 ku sihat walafiat

Thursday, 4 February 2010

bukak tingkap tarik nafas..fuhhh ahhhh

seharian dok dalam ghumah
dok depan danbou (kerosene heater).
menyebabkan aku menyedut karbon monoksida byk sekali
menyebabkan tetiba ptg td aku sakit pale.
kesakitan itu melarat hingga ke mlm.

hish x leh jadi sbb nk wat keje. siapkn sisa2 ronbun

jam 9 30 mlm..kepala bedenyut bukan kepalang..
this is not good..
fuhh..tampal koyok
telan pil
bukak tingkap luas2
tutup danbou
berselubung dlm futon

sejam kemudian

wahh..segarnye..
hilang sakit pale..
rupanye perlukn udara segar

keluar futon
tutup tingkap
on danbou
sambung wat keje..
sambil tersenyum

*tiba-tiba terindu kt kampung kiryu. iskiskisk


#pengajaran---> jgn biarkan anda hidup berudara kan karbon monoksida.
boleh membawa maut. rajin2 le bukak tingkap.

Wednesday, 3 February 2010

Anda semakin matang bila.....

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

*dipetik dari iluvislam.com

Monday, 1 February 2010

friends

when we talk about friend mesti korg sume da terbyg name dan muka setiap sorg kawan yg korg ingt dan sayang.

bagi aku "friend" or "kawan" or "sahabat" adalah setiap satu perkataan yg melambangkan friendship..sama ada korg menghargai nya atau tidak.

bila aku digelar kawan...itu adalah satu title yg sangat berat buat ku..
apatah lagi jika aku digelar dan dianggap sahabat oleh sesiapa shj...

kerana

setiap seorg yg menggelar diriku kawan..atau sahabat..
mereka membawa harapan besar ..
supaya aku boleh jadi tmpt bergantung, tumpang suka dan duka..
dan tmpt tuk luahan perasaan atau sbgnya..

tp aku...
kerana aku mungkin tidak berjaya menjadi seperti ape yg diharapkn..
aku mungkin tidak pandai untuk menjadi org yg sentiasa berlapang dada..
sentiasa memberi sokongan...sentiasa memberi kebahagiaan kepada sesiapa yg menggelar aku "kawan" atau "sahabat" itu...
aku sentiasa merasai kegagalan dlm membawa title "kawan" itu..

sejak dulu lagi, aku takut...
takut untuk menjadi kawan atau sahabat bg sesiapa...

start dari form 1..

sampai form 5..

mgkin aku ada berjumpa dgn 2 3 org yg rapat dgn aku.

aku x pasti...
adakah aku layak untuk menjadi sahabat atau kawan yg special untuk sesapa shj..
aku tak berani..sbb aku takut lukakn hati org..

apa yang pasti...
aku sentiasa memberi layanan yg sama kepada sesiapa shj..mungkin ade 2 3 org yg dpt layanan special dari aku.
aku sentiasa beri pendapat aku yg ikhlas, dan berterus terang dgn sesapa sjh ttg pekara yg aku rskn aku perlu suarakan..

aku sgt setia kepada sesiapa yg setia dgn aku..
dan sgt ssh untuk mengenali aku..melainkn org yg betul2 rapat dan kenal aku...
aku sentiasa nmpk gembira..sbb aku x suka fikir pekara duka..
bile aku beduka..cpt pula kembali gembira...dan melupakn pekara yg lalu..

dan yang plg penting org yg plg aku rapat je kenal aku.
ketika aku sedih, aku gembira, aku gelabah, aku tertekan..

org2 yg biasa...akan kenal aku sebagai aku yg sentiasa gembira..ketawa..sengal..dll

kdg2 kite rasa org yg sentiasa menyokong kita dan senyum dpn kite itulah sahabt sejati..
tp bg aku..instead of that, org yg berani berterus terang ttg sikap aku...menegur kesilapan aku...
adalah shabat aku yg sejati..sbb sebenanrnya kite sendiri x kenal diri kita...tp org2 di sekeliling dan sahabt2 dan kawan2 kite la kdg2 lebih mengenali kita..
bila mereka sayang kite..mereka inginkan yg terbaik buat kita..

mcm aku jugak..bile aku sygkn seseorg (cthnye..sahabat)..
aku ingin kn yg terbaik buat die.

terima kasih kepada sahabat yg sudi mendgr cerita ku, celoteh ku, bebelan aku, memberi nasihat dan pandangan kt aku...cerahkn bila pandangan ku kabur..dan sudi terima aku seadanye.

apa yg penting ..jgn la kita jd manusia yg gilakan pasir nun jauh di sana, sedangkn emas hanya di depan mate kite je...tp kita x perasan n abaikan.
maksudnye. kite selalu nmpk org yg jauh itu boleh jd shabat kite..tp kite lupa, sahabat2 yg dekat di depan mata kite ni jauh lebih selalu ambil berat psl kite..dan syg kn kite..sbb die lebih kenal kite..dan kite x tau betapa byk pengorbanan die utk jaga hati kita..
yang jauh tu...mungkin kenal luaran kita saje..

last but not least...
jangan la kite hanya fikir ape yg org leh buat tok happykn diri kite ..fikirlah ape kite boleh buat untuk org lain..

hmmm..bile pk balik complicated kan hidup berkawan..ni pulak pompuan..bukan sume org leh take it easy je mcm kebykn org laki.
so , aku mengambil langkah..kalo bole x nk begantung pd org len..
biarla sape2 nk begantung ng aku...yang penting aku ade diri aku, famili dan org yg disayangi.
dgn adanye derg hidupku lengkap.=)