Monday, 20 May 2013

Persiapan untuk Ain & Izzuddin Jr.

Assalamualaikum..

The latest pic of me during 6 months of pregnancy.
Time ni kat klinik nak amik ubat selsema sbb selsema  teruk.
(Abaikan la Mat Bangla kat blkg tu)
Hi Kawan2,

Ni lah rupa bentuk ku yang tekini..hihi
Alhamdulillah sudah 6 bulan mengandungkan baby ucuk dalam peyut tu..
Abaikan la muka yang pucat tu..Memang malas nak make up pon. Setakat gi klinik je..

Persiapan menyambut my 1st baby

So far sebenarnye tak de lagi prepare beli barang apa2 pon untuk baby.
Tapi, apa yang saya buat ialah mental preparation and info collection.
Ok. Sebagai bakal ibu untuk anak pertama ni mmg kene banyak carik ilmu and info ok.
Tak boleh la tergopoh gapah, nampak baju baby je nak beli, nampak barang baby je nak beli semborono..
Kenela wat study serba sedikit.
So kat sini aku nak share serba sedikit apa study yang aku dah wat.

1) DIAPERS BABY
Aku wat sikit study, diapers apa yang terbaik. So far, from googling research, MAMY POKO adalah pampers yg dapat good feedback dari kebyakan mommies. Tapi, harga dia agak mahal. So, as for my 2nd option, maybe I will choose diapers jenama HUGGIES for my newborn baby. Either one laa..

Oh ya, sebenarnya, aku mmg x berapa minat tentang penggunaan lampin pakai buang ni. Yela, korg tau x penggunaan diapers ni sangat banyak, pastu x eco friendly, diperbuat daripada plastik. Selain merupakan sampah yang sukar dibiodegrasi, baby jugak mudah dpt ruam akibat penggunaan diapers ni. Kesian baby.

So, insyaAllah aku tekad nak gunakan CLOTH DIAPER untuk anak2ku..Tapi sbb mommy kene rajin n kerap basuh, aku plan nak start pkai kn untuk baby lepas pantang nanti..Maybe bile baby dah 3 months. Sbb time pantang nti mane larat nak basuh..kesian plak kat mak aku nak kene basuh. So, x mo la nyusahkan orang tua.

2) BREAST PUMP
Ok yang ni juga penting untuk ibu2 yang plan untuk fully breast feed baby dia. Yela, zaman skrg ni byk sgt penyakit, jadi penyusuan susu ibu secara exclusive adalah salah satu cara yg betul n baik untuk membekalkan baby sistem imunisasi yang baik. Melalui pembacaan, mmg x berapa elok kita bagi baby susu formula. Selain lambat dihadam, baby jgk senang dpt penyakit. Mr.Hubby plak mmg sangat galakkn BF baby. Dia x suke formulated milk nih. Daripada kesedaran ni, no wonder banyak ibu2 skrg gigih BF baby tau walopon bekerja.

Hasil pencarian aku yg mendalam, akhirnya ku pilih pump jenama AMEDA dual pump. dan insyaAllah akan beli dari page Fabulousmom.com =)

3) SET BERPANTANG UNTUK IBU
Ha yang ni juga salah satu perkara penting untuk bakal ibu survey sebelum bersalin ye.
kenelah rajin2 cari maklumat set2 bersalin mane yang sesuai. Ada macam2 jenis set berpantang di pasaran.
Pilihlah mengikut citarasa anda..
Untuk aku, aku pilih set berpantang TROPICAL HERBS AMWAY.
Untuk lebih lanjut leh tgk link ni --> http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/10/set-bersalin-tropical-herbs-amway.html

4) SUPPLEMENT TAMBAHAN
Disebabkan aku positif untuk menyusukan baby, banyak juga study tentang cara2 membanyakkan susu and pemakanan yang sesuai. Untuk ni aku plan nak consume ESP (Susu soya) jenama SHAKLEE dan akan jadi lobak putih and sawi sbg makanan wajib. Makanan2 ni membantu meransang penghasilan susu aka sbg MILK BOOSTER.

5) KEPERLUAN2 LAIN
Ok, untuk keperluan lain, its normal lah. Contohnya, mcm baju baby, mitten and booties tu sume keperluan2 yg kite wajib beli la utk dipakai si manja..yang tu boleh la beli ikut keperluan dan kesukaan anda. Takperlu la kot nak survey beriya untuk brg2 common nih.
Of course aku sendiri byk da wat studi pasal barang2 baby nih..and da ade da dlm kepala nk beli ape. x yah la aku list down kn...banyak sangat plak.

So, bile kite dah ada perancangan macam ni, barulah bole gi membeli dgn teratur dan bijak.
Mr.Hubby and me plan nak gi beli brg2 baby ni masa Baby Expo di PWTC 31 Mei nih!
Orang kata beli diexpo ni dpt beli dgn harga yang murah. So..ape lagi..serangg rr..sementara aku masih larat nak berjalan..hehe

Last but not least, doakan kelahiran bayi ni kelahiran yang mudah dan selamat yee! Tataa

Monday, 13 May 2013

Cabaran dunia kini

Assalamualaikum..

Melihat pada fenomena masyarakat kini, saya makin risau tentang bagaimanakah masyarakat akan datang.
Kalau anda semua pengguna Facebook, pasti anda terdedah dengan macam2 perangai manusia/remaja yang diUPLOAD di Utube dan diSHARE di FB dan mendapat liputan ramai.

Saya sangat risau tentang lambakan penyebaran MAKLUMAT (yang tidak semestinya ILMU) ini yang kadang2 mudah sangat merosakkan akidah dan cara pemikiran masyarakat kita.

Saya sangat risau kalau sekarang masyarakat terlalu terdedah dgn internet (tanpa pengetahuan membezakan antara maklumat dan ilmu), laman sosial tanpa had, bagaimana pula nanti generasi akan datang? Pasti CABARAN nya akan lebih BESAR!

Dan untuk menghadapi CABARAN ini...apakah PERSIAPAN kita?

Untuk saya yang bakal bergelar ibu, dirasakan amanah ini sangat besar..Cabaran mendidik anak di dunia akan datang pasti lebih mencabar...

Melihat bagaimana remaja sekarang yang berpakaian kurang sopan, kurang ajar dgn guru dan ibubapa, mudah sangat terikut dengan fesyen, bercakap tanpa ilmu,  umpama kekurangan JATI DIRI dalam diri yang menjadi SHIELD sebagai pelindung kepada semua cabaran ni.

Oleh itu bagi saya, sebagai ibubapa muda untuk zaman ini..kepada bakal2 suami/isteri, ibubapa muda dan semua rakan2 yang ingin melihat kebaikan melimpahi generasi akan datang...jom la kita audit diri dan adakan satu matlamat dalam diri dan keluarga kita kelak...

1) Untuk mendidik generasi akan datang dengan melengkapkan mereka dgn sebenar2 ilmu yang berteraskan akidah Islam. Nabi Muhammad s.a.w dulu pon berdakwah selama 13 tahun untuk memantapkan aqidah umat Islam. Kemudian, barulah dakwahnya disusuli dengan syariat.

Jangan lah kita kahwin, hanya sebab ikutan..orang lain kawin so, aku pon kene kawin.
Atau semata2 untuk menghalalkan apa yang haram sebelum kawin. Bertanggungjawablah sebagai suami/isteri/ayah/ibu.

Ramai orang kata ingin berjaya dalam hidup. Apakah definisi kejayaaan dalam hidup anda?
Adakah dengan mendapat kerja bagus,rumah sendiri, pangkat, dan gaji besar, disegani anda dianggap berjaya?

Tolonglah fikir balik dan carilah ilmu...apa sebab kita dilahirkan didunia ini...apa sebab Allah cipta manusia? Untuk capai semua kejayaan dunia ni ke? Apa sebab kita dikurniakan anak, mempunyai keluarga? adakah hanya sebagai lumrah alam?

Tolonglah bertanggungjawab sebagai seorang manusia yang percayakan tentang Hari Kiamat. Hari Pembalasan. Tolonglah lakukan sesuatu...

Tolonglah jangan stop mencari ilmu. Ilmu yang sebenar2 ilmu...Ilmu tentang rahsia kita dilahirkan..Ilmu tentang Allah..ilmu yang menjadikan  kita hanya mencari redha Allah semata2 di dunia ini.

Tolonglah ubah kebiasaan orang2 sekarang..
ibubapa sibuk cari duit siang malam..dan anak2 mendapat kurang didikan.
Dibiarkan bermain gajet supaya mereka leka.
Bz disana sini semata2 nak dptkan kehidupan selesa untuk keluarga kononnya..

Kenapa kita didik macam tu? kenapa kita didik wang tu adalah segala2nya..
kenapa kita x didik segala2nya adalah dari Allah? dimana kehidupan ini adalah segala2nya tentang BERSERAH DIRI pada Allah.

kenapa kita didik kesenangan itu kemestian, sedangkan KEBERKATAN itulah yang MESTI kita cari..

kenapa kita didik kita mesti jadi orang yg pandai..sedangkan kepandaian itu bukan pilihan kita..tapi itu anugerah Allah bagi..Hanya Dia Maha Berkuasa menjadikan hambaNya begitu dan begini.

tapi ape pilihan kita? Pilihan kita..hanya hidup kerana Dia..Hidup berserah diri padaNya. Hidup dengan mensyukuri segala nikmatNya..dan mencari Taqwa.

Dah berapa tahun kita hidup sebgaii Islam, dan bersolat, dan berapa kali kita kusyuk mengingati Allah ketika solat??

huhuhu..marilah cari ilmu...sekurang2nya jika kita ditakdirkan mati ketika mecari kebenaran ilmu..kita dapat juga mati sebagai mati syahid...




Thursday, 2 May 2013

21 Weeks

Assalamualaikum..

Sekali lagi semalam dgn ditemani Encik Suami kami gi Putra Specialist Hospital untuk ultrasound baby..
Sekaligus nak check jantina baby. hehe..

Minggu: 21
Berat baby: 460gram
Jantina: ????

Hihi..nak tau baby boy or girl?? Hehe biarlah rahsia...kami pon x sure ramalan doc tu betul..
kalo nak tau kite tunggu baby kuar eh..

Dia comey sgt..manje dalam peyut Ummi die..selalu kicking2..bila kita x layan ( x usap2 or cakap2 ngan dia) nanti die kicking je..bile kite belai dia, dia senyap...hehe

Alhamdulillah..Allah beri nikmat mengandung je pon da bersyukur sangat =)

Sayanggg baby ni sangat...naluri ibu,,bila satu hari x rasa baby gerak mesti hati ni rasa risau je..
mmmpphhh

Semoga baby sentiasa di pelihara Allah S.W.T di dalam rahim Ummi dan di spjg hidupmu nanti sayang..=)


Monday, 22 April 2013

Hadiah sempena Ulangtahun Pertama Perkahwinan Kami!

Hihi...sebenarnya title post ni hanya gimik jee..x de la hadiah mende pon..hehe
Tapi untuk pengetahuan semua 27hb April 2013 ni maka genaplah 1 tahun perkahwinan kami. hehe
Alhamdulillah happy sangat.

Dan setelah nak dekat setahun kahwin barulah kami membeli sebuah mesin basuh seperti gamba di bawah...muahaha...yee setelah setahun kami baru ada mesin basuh ..hikhik

taraa!! 9.5kg LG top loading washing machine..(hameeekk kaw 9.5kg terus)

Maka dengan ini...lengkaplah segala perkakas dalam umah kami...hehe inilah baru dikatakan cabaran di awal perkahwinan..susah senang kite redah bersama...Si isteri, jangan ingat nak senanggg jeee..masuk rumah cuci kaki je..lain la suami kite tu Datuk atau businessman gaji 10k sebulan..kompen leh dpt sume dalam sekelip mata..haha

Tapi, bila ingat balik saat di awal perkahwinan..kami bermula dgn tinggal rumah flat 4 tingkat..yang memang agak uzur..masa tu aku kalo bole nak duduk kat better house..tapi aku rasa kasihan kat suami tu melebihi segalanya..(yela, masa tu nak pkai duit nak kawin lagi, nak masuk umah sewa kene byr deposit 2 bln lg, persiapan umah lepas kawin lagi)..so, kita bertolak ansur la kan..aku fikir x pe kite susah2 skrg..lepas ni mesti ada rezeki Allah bagi..

Hasil duit hantaran, kami beli satu set bilik tidur. Pastu sikit2, kami kongsi duit beli tv, sofa. Peti ais time tu x beli pon..pakai freezer kecik cam kat hotel tu je..itupon aku ada simpan sejak dok umah bujang dl..

Luckily, ayah aku sponsor kabinet dapor, meja makan, almari buku..tapi tu sume 2nd hand laa.dari umah kakak aku benonyee..die pindah umah lain, then die bagi ar kitorg brg lame die..hehe..ayah aku bg gak 2nd hand mesin basuh (sbb ayah aku beli baru tok mak aku) tapii..sejak dari awal lg bile kami nak gune mesin basuh tu rosak...haha..korang bayangkn..memang setahun mesin basuh tu jadi hiasan je..tiap minggu kami anta ke kedai dobi utk basuh baju..takpon hanta basuh kat umah parents..hehe..perkara ni berlaku selama setahun ..haha

Alhamdulillah..sbb kite yakin sangat rezeki tu dr Allah kan...alhamdulillah..En Suami dapat kerja di company yang diidam2kan nye..PETRONAS...aku rasa seronok sbb aku tau walopon dia x cakap aku tau sbg lelaki mesti die ada pride untuk gaji lebih dari isterinya..yelah masa tu gaji aku 2 kali ganda lebih dari gaji suami...

dan sekarangggg....sejak pindah Melaka sikit2 keperluan tambahan kami beli cam peti ais, and lasttt sekali mesin basuh...hehe..terima kasih juga buat kawan2 yg bagi hadiah kawin kami yg best2..melengkapkan lg perkakas/keperluan umah kami..=)

dan..aku bangga jadi surirumah...walopon da biasa dulu sentiasa ada duit..kalo ape2 entertainment mesti aku yg taja..tapi aku lagi bangga buat suami aku bangga dan bahagia..dia mesti seronok dapat sara keluarga kecil kami ni..hihi..walopon duit tu cukup2 untuk keperluan bulanan sahaja..hehe..

sekali lagi aku percaya dan yakin sangat rezeki dari Allah..Nanti mesti ada rezeki baby yang Allah turunkan x diduga2..insyaAllah..

Allah know best! Thank you hubby!..I will always support you..as i always do...=)

HAPPY 1st ANNIVERSARY LOVE

Monday, 15 April 2013

Prenatal care : Check up at Klinik Kesihatan (Gov) or Private Hospital?

Assalamualaikum.

Entry kali ni aku nak share pasal  prenatal care iaitu monthly check up untuk memastikan kesihatan ibu mengandung sentiasa dalam keadaan baik sepanjang tempoh 9 bulan hamil.

Masa baru2 disahkan mengandung, disebabkan this is my 1st pregnancy memang rasa happy tapi blur tentang what should i do next?

Soalan2 common yang selalu di tanya rakan berpengalaman termasuklah

- "Dah plan ke nak check up kat mane? Private or KK (Klinik kesihatan gov)?"

Time tu mmg tak sure nak jawab ape sebab still lagi kekurangan knowledge tentang perkara2 ni..
So, apa lagi hari2 memang keje mengoogle je la search related info.

-Ada orang kata walaupon kite plan nak bersalin di mane2 hospital private pilihan hati, tapi wat la jugak check up di KK dan create buku pink/merah in case kalo tibe2 time nak bersalin nti ade komplikasi dan terpaksa refer ke GH ..so time tu da ada record dan memudahkan process.

As for my experience,

1st time check up di buat di Hospital Pusrawi, KL. Masa ni ingatkan ING boleh cover tapi x tau plak rupenye Pusrawi ni hospital pakar..and ING x cover untuk monthly checkup kat specialist. Kalo nak free, kene check kat panel clinic.
Disebabkan ING x cover, plus kos check up kat pusrawi agak mahal (up to RM200++ per check up) so, aku decide nak check up kat tmpt lain je for next month.

For the next 2 month, 2 kali aku check up kat Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju hospital yang aku plan nak bersalin kat sini, dekat dgn rumah parents. Kos lagi murah dari Pusrawi, and aku leh claim kat company. Average cost per check up RM105 termasuk ubat.
Biasenye, doc x de check pe sangat pon..die check air kencing (4 bulan ke atas), berat badan, BP, and scan baby.

Recently, disebabkan aku da pindah Melaka, did some research..and 1st check up kat Melaka di Putra Specialist Hospital best jugak. Doc leh wat 3D scan. Kos still same dan check up pon same je..air kencing, bp, berat...

During my 18 weeks of pregnancy, kene marah ngan membe yang Doc, kenapa x bukak buku merah kat KK. Katenye gov check lagi detail. So die suruh jgk gi KK. hehe

So, disebabkan rumah aku ni sangat dkt je dengan Poliklinik Komuniti Ayer Keroh, aku pon gi sane 1st time register at 18 weeks of pregnancy. Nurse sane baik2 je...Sampai sane ape yg perlu kene wat..
1) Register...isi maklumat dalam buku pink
2) Amik darah untuk ujian darah/HIV test.
3) Ujian air kencing
4) Check berat badan, BP
5) Body check up by nurse ( check breast, saiz perut, leher etc)
6) Jumpa doc (Tpi doc KK x selalu scan baby..die akan rasa perut pakai tangan.hehe hebat!).

Result: Semua test OK, except for my blood test. Hemoglobin (hb) ok tapi MCH level aku kurang skit dr normal. Dia takut aku leh kene anemia (quite common pd kebanyakan  ibu mengandung). So, next month kene amik darah lagi..

My opinion: Sangat puas ati gi check up kat KK sebab mmg detail..at least kite akan amik tahu tentang kesihatan kite jugak instead of fikir pasal baby je..sbb baby yang sihat dr ibu yang sihat. Nurse jugak banyak bagi nasihat...i like! Kos check up pulak RM0 ok..ye free..x yah bayar pape..
tapi maybe kene tunggu lame skit..(tp ikut pengalaman aku check up mane2 pon kene beratur panjang. Ramai ngat org mengandung heheeh).

Pesanan: Nak gi check up tu bawaklah majalah ke, buku ke untuk dibaca masa menunggu tu and bawak roti n air untuk isi perut..So, both KK and private lebih kurang same je during monthly check up dari segi menunggu dan check up details (tp KK lg detail and kos free). Vitamin pon same je..

Cume sesekali nak scan baby tu maybe leh gi private..hehe..=)

Tapi untuk bersalin, aku prefer PRIVATE HOSPITAL !







Sunday, 14 April 2013

PEPERIKSAAN PTD GRED M41

Assalamualaikum w.b.t

13 Apr 2013 yang lalu, untuk pertama kalinya aku dipanggil untuk menduduki exam bertulis PTD Gred M41. Baru teringat kali terakhir update permohonan SPA pon akhir tahun lepas since 2008 masa kat Jepun lagi. Disebabkan masa apply dulu masih di KL, alamat pon alamat KL, x sedar pulak dapat surat SPA. Nasib baik teringat nak bukak email 2 hari sebelum tarikh exam. Sempat la wat preparation sikit2.

So, untuk sapa2 yang akan menduduki exam ni  akan datang aku just nak share sikit2 tentang exam ni.

Peperiksaan bertulis PTD GRED M41 ni ada 4 seksyen atau 4 paper.
Seksyen A: Pengetahuan Am (50 soalan, 45 minit)
Seksyen B: Soalan Matematik + IQ test (40 soalan, 45 minit)
Seksyen C: Essei Bahasa Melayu (1 soalan, 1 jam)
Seksyen D: Essei Bahasa Inggeris (1 soalan, 1 jam)

Cadangan preparation yang korang patut buat untuk..

1) Seksyen A: Pengetahuan Am

Semasa jawab soalan2 dalam kertas ni rasa macam jawab soalan Sejarah SPM dulu pon ada.
Sebab dia memang berkisar tentang Sistem pemerintahan negara yang sedia ada. Soalan2 juga berkisar tentang the latest aktiviti yang dibuat oleh the latest PM. Maksudnya anda kene alert tentang aktiviti kerajaan sekitar tahun semasa (2012/13). Contohnya, mcm kali ni soalan banyak berkisar tentang gagasan 1Malaysia dan RMK-10...

Contoh2 soalan termasuklah

1) Apakah itu enakmen? Jawapan aku salah..huhu aku jawab undang2 yang dibuat oleh Dewan Rakyat, jawapan sebanar ialah..,,korang search sendiri!!!!
2) Apakah negara terakhir yang menyertai ASEAN? Yang ni pon aku salah..memang x ingat pon jawapan nye..aku jawab LAOS..jawapan sebenar...korang search sendiri!!!!
3) Apakah mahkamah tertinggi di Malaysia? haa..nasib baik yang ni aku  betul..hihi
4) Dalam penentuan sesebuah kawasan menjadi Bandaraya, siapakah yang mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan sesebuah kawasan tempatan itu jadi Bandaraya?
 a) YangDipertuan Agong
 b) Perdana Menteri
 c) Menteri Besar
 d) Kerajaan tempatan
tak sure jawapan sebenar soklan...cam biasa hentam sajalah...
5) Apakah contoh2 sekatan yang dibuat dalam perdanganan antarabangsa.
 1) Kuota
 2) Duti import
 3) Duti eksais
 4) Duti eksport
 5) Embargo
Haa korang agak2 ape jawapan nih? Aku hentam 1,2 &3..macam pernah dengar2 je pasal embargo nih dulu..hihi tapi x sure..

dan banyak lagi soalan2 lain pasal pemerintahan negara yang seorang PTD patut tahu..hehehe
termasuk lah pasal the latest gagasan 1Malaysia, Dasar Ekonomi Baru (DEB) RMK-10..

So, untuk preparation, aku cadangkan
1) Bacalah balik buku teks Sejarah SPM pasal sistem pemerintahan Malaysia dan Dasar2 ekonomi Malaysia.
2) Bacalah tentang the latest aktiviti yang the latest kerajaan buat. Untuk ni aku sempat study kat laman web Pak Jib...www.1Malaysia.com.my
3) Alert la jugak dgn kementerian2 di Malaysia..walopon soklan ni x banyak pon..

2) Seksyen B: Soalan Math + IQ test.

Soalan2 math dia senang je..sbb soklan mathematic moden SPM Form 5 je. and ade jugak skit2 IQ Test yang tricky skit. Tapi disebabkan senang derang sengaja wat 40 soalan dalam masa 45 min je..masa mmg x cukup sbb soklan die kebanyakan nye soklan menyelesaikan masalah. Kene baca ayat panjang2 pastu jawab. Masa da abis pon aku ade  lg soalan x sempat jawab..tp time tu cam biasala..hentam aje isi jawapan dalam kertas OMR tu..yang penting jangan tggl kosong..manetau kot2 jawapan hentaman itu betul..hehe

3) Seksyen C & D: Essei BM & BI

Haa yang ni aku paling riso sbb dah lama ngat x tulis essei since SPM. and lately plak x banyak membaca..hehe preparation yang leh di buat...maybe baca buku contoh karangan SPM. hehe
dapat la idea skit camne nak wat pendahuluan, penutup..kene ada 4 isi at least..setiap isi ada contoh..
Camtu la lebih kurang ciri2 karangan yg baik..kalo x silap aku..hehe..

Dan ramai orang kate markah banyak dikira dari essei nih..jadi wat la essei anda betul2..=)


OK. tu je info yang dapat di share. Sape2 yang akan menduduki exam ni in future..selamat berjaya!!!



Wednesday, 10 April 2013

Malacca Riverside

Assalamualaikum wbt.
Fuh hujan lebat sekarang ni di Melaka. Rasanya semua tempat hujan hari ni kalo tengok dalam FB semua update tentang hujan lebat dan angin sangat kuat..

Nak cite pasal last week (Jumaat) 5/4/2013..memandangkan Ahad lepas 7/4/2013 adalah birthday bonda ku yg tercinta yang ke 59thn dan adik beradik ku serta Mak and Abah semua nak datang Melaka sambut birthday dirumah ku..so aku and hubby ingat nak gi survey2 la kedai makanan yang menarik untuk dibawa untuk makan malam.

So,  osusume (recommended) by hubby's kohai (junior), dia ada cadangkan before ni,  gi la try makan kat satu kedai menarik so-called " Malaccafe" terletak di Melaka riverside area2 bangunan bersejarah kaler merah kat Banda Hilir tuh.

Sejak dok Melaka nih x de la rajin sangat nak gi Banda Hilir tu, bukan pe sebab jalan situ Jalan Sehala pastu kalo weekend kompom jem gilee..memang malas nak join the crowd lagi2 time pregnant ni..mmg x larat pon jalan lebih2..nanti sakit kaki..n lenguh gile..tp sebab malam tu Jumaat malam sabtu so consider still ok and x jam sangat.

Kami dok google2 kedai " Malaccafe" ni. Just thru some bloggers boleh agak sikit2 la tempat ni kat mane. Tapi bile da sampai area situ mencanak jugak la..mmg x nampak di tepi jalan sebab die di sebalik bangunan2 tu and kene jalan belakang bangunan merah yg mengadap river. So, kitorg park kat area muzium , jalan belakang tu mmg view yang cantik and ade tempat beli tiket untuk river cruise. Kami x penah naik ni..x pe la banyak masa lagi..hikhik..

Menapak dari muzium, lalu bulatan kecil yang simpang ke Jonker Walk tu, terus ke blkg bangunan merah mengadap sungai..akhirnya jumpa jugak kedai makan yang comel ni.
Bila sampai situ rupa2nya kedai dia sangat comel..hanya beberapa tempat duduk je..and x sesuai la nak bawak satu famili makan situ. tapi kalau untuk couple mmg leh dapat mood romantik la..hehe..
But still, masa kitorg gi kedai ni full house..tapi nasib baik sebelah kedai dia ade kedai yang comel jugak, tapi x ramai sgt orang, maybe sbb makanan dia lebih mahal (mahal sikit jee)

Nama kedai die aku lupe la..sbb pelik skit.."Dutch ....ape tah" sorry eh x ingat..
Tapi kat sini la kami having our dinner...aku pilih menu " Malacca laksa" and hubby makan mee kari je.
Surprisingly Malacca laksa ni mmg sedap sangat..harga dlm RM8.90. Sangat sedap...
seingat aku rasa dia niiteru (similar) ngan laksa singapore sebab aku pnah try sekali dulu masa gi business trip kat Spore. tapi ni version lagi sedap =) nyumm3..

Sapa2 yang teringin nak gi short & romantic trip tu boleh la jalan2 Melaka 
and singgah kedai ni eh...

Ni la dia "Malacca Laksa" yang sedap tuu..nyum3.

Melaka sekarang dah ada Hard rock Cafe..mmg sesuai la dia letak kat Banda Hilir satu sebab Melaka kan salah satu World Heritage! 
#Kalo eden bekojo, dah lama dah belanja hubby Hard Rock Cafe...hehe tapi sebab x de income and bergantung pada income hubby jadi tunggulah hari2 istimewa (kalo time tu bertepatan ngan Pay Day)..sob3..hehe

Sunday, 31 March 2013

16 Weeks, 6 Days

Alhamdulillah..dengan hidup bergantung sepenuhnya dengan nikmat Allah, sudah hampir 4 bulan aku mengandungkan bayi anugerah Ilahi. Semoga baby kekal sihat, selamat sehingga dilahirkan kelak. Biarlah Ummi sakit2, loya2, pening2, x boleh tido hari2..yang penting baby dalam rahim Ummi sihat walafiat =)

Alhamdulillah. Skrg ni macam2 phone apps ade. termasuklah apps untuk follow up self pregnancy ni. hehe..

 SubhanaAllah. time ni during the latest check up kat Putra Specialist Hospital , Melaka. 
Dr. Ishaireen ni best sgt. Compare to Dr. Kamariah ( Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju : Tempat aku plan nak bersalin sbb dekat ngan umah mak).
Time ni baby 14 Weeks 5 days. Dia active sangat..pusing2 x mo dok diam. Geram ummi tgk hehe..

Start dari bulan ke 3 pregnancy, muntah2, loya2 da kurang la..Masa awal2 dulu pon aku x teruk sangat alahan pregnant..tp badan mmg terasa lemah sokmo. skrg rasa genki da. Kadang2, dtg gak blk loya2 tuh. 
Macam smlm x tau nape seharian sakit kepala. Pagi2 makan roti canai pas blk muntah semua. pening sampai mlm. Sebelum tido sakit pale ya amat..and muntah lagi before tidoo..tido pon x nyenyak...berpeluh2 sakan walopon pkai air cond. Bangun pagi kepala berat sangat...nasib x keje..kalo x mesti MC lagi...

Huhu..tu lah dia pengorbanan ibu mengandung..dari 1st day mengandung sampaiii la bersalin nanti..mmg sentiasa x selesa...tp mmg da ada sifat keibuan tu...sanggup sakit2 asalkan baby sihat x de masalah..
Yang penting sentiasa amalkan pemakanan sihat, no stress and enjoy every precious moment dgn orang tersayang =)

Wednesday, 27 March 2013

Facebook Malaysia = Tabloid era baru

Assalamualaikum...

Minggu lepas adik ku yang baru pas amik result SPM tu terus ke KLIA untuk trip ke Beijing. Rombongan ex-school dia katanye..

Macam biasa balik2 dari percutian 5 hari 4 mlm tu kami tanya dia macam2 tentang Beijing. ( yela x penah gi oversea selain Japan & Spore. Shanghai dulu ade la singgah sekejap sbb transit airplane)

Antara feedback menarik tentang Beijing adalah 
1) kat sana mereka x boleh langsung layari FB, YOUTUBE, atau apa jua social network. Sbb ianya di block sendiri oleh kerajaan Beijing. Rakyat tidak boleh sewenang2 nye menggunakan social network spt yg disebut tadi. 
2) untuk layari juga laman2 web tersebut mereka akan dikenekan bayaran. Dan ianya sangat mahal. 

I had a short discussion with hubby, pasal sbb apa diorg block laman2 sedemikian utk rakyat nya. So kitorg assume, itu adalah salah satu tindakan untuk elakkan dari maklumat negara bocor ke tgn yang x sepatutnye dan utk memelihara politik negara itu. Maybe ini adalah one of the few reason yg we all pon x sure. 


So compare to facebook malaysia skrg. Apa sudah jadi? Korang x rasa ke mcm da jadi tabloid dah fb nih. Orang ni dok kutuk org tu. Orang sana kutuk org sini. Dgn kebebasan pemberi komen yang menggunakan bahasa yg x elok. Aku rasa rimas juga ttg golongan muda yang taksub sgt dgn politik and sibuk nak ng pendapat masing2. 

Pada ku, ckplah dgn pendapat kite sendiri and simpan baik2 dalam hati anda nak undi apa. Undi kan rahsia. Pada aku byk lagi urusan lain kita patut ketengahkan. X dinafikan mmg meluat melihat kerajaan skrg yg mcm berdolak dalih dan nmpk sgt da kegilaan kuasa masing2. Tp cukuplah mereka je yg menunjukkan pemikiran BODOH (ckplah mengumpan rakyat dgn duit) mereka..rakyat yg intelligent ni x payah la bercakar ayam kt fb. 

Pada aku, apa yang akan terjadi tetap akan terjadi. Allah da aturkan semua. Lebih baik kita busy untuk urusan kita di akhirat nanti. Pada masa tu masing2 akan risaukan diri sendiri dan tiada siapa nak sibuk pasal org lain. 

Seriusly, rindukan fb zaman dolu2 yg just for fun upload2 gamba n xde la byk2 iklan, or link2 politik ala2 tabloid ni..sungguh bosan ye..

Hentikan la pemikiran busuk Melayu yang sker mencari dan menceritakan keburukan org lain. Jadilah org yg sentiasa cakap bende positif and jgn la merosak kan hati kita yg Allah da anugerahkan suci dan bersih ni ketika lahir.

Sunday, 17 March 2013

S.U.R.I.R.U.M.A.H

As-salam semua..

Seronok dapat menulis blog semula sebab nak share pada kawan-kawan di luar sana.

Jam menunjukkan 9.39 malam.. Saya seorang lagi di rumah malam ni. Bulan ni Hubby kene keje shift pagi (7pg-7 mlm) Selasa ~ Jumaat dan shift malam (7mlm - 7 pg) pada hari Sabtu dan Ahad. Isnin baru off day.
Kesian dia. Saya tgk sangat penat..and paham mesti rasa tak cukup rehat. Tapi, saya bagi dia semangat, kasi dia can dia tido lama sikit, bila pagi nak pegi keje sediakan dia Herbalife shake + protein lebih sikit kasi Hubby tenaga..Cian dia..Gambatte Hubby =)

Malam ni mintak kebenaran Hubby pinjam laptop keje dia. Sebab saya nak tulis blog.
Sebenarnya, lepas dah berhenti kerja hari tu..dah tak ada laptop sendiri. Hihi..Personal laptop since belaja kat JAD dulu dah lama rosak sejak balik dari Jepun. Sebab tu tak dapat nak update blog ni bila free time siang. Hihihi layari internet pakai S3 je la...

FULL TIME HOUSEWIFE

Ohh..lupa pulak ..cakap pasal surirumah ni...officially dah 2 minggu jadi surirumah sepenuh masa ni.
Seronok rasa dapat jaga makan pakai suami and take care rumah sepenuh masa. Jangan tak tau full time housewife lagi banyak kerjanya..and agak penat jugak..

Disebabkan Hubby kerja shift pagi. Pukul 6.30 pagi dah kene bertolak pergi kerja.
Saya akan bangun pukul 5.45pg, siapkan Herbalife mix tea untuk hubby. Prepare healthy breakfast untuk dia. Roti + tuna or Roti + telur..just simple2 breakfast untuk dia isi perut. Siapkan dia Herbalife shake and bekal Air satu botol Tupperware 1.0L.
Tapi kadang2 kalo saya penat sgt, Hubby kata x pe la x yah wat kan breakfast. Herbalife shake je da cukup.

Hubby pergi kerja saya solat Subuh and mengaji sampai pukul 8pg. Biasanya, time ni mata da start ngantuk balik. Kdg2 tertido jugak dengan telekung2 sekali. Biasa pkl 9.30pg saya bangun minum susu kambing, amik Herbalife shake and simple breakfast. Baby da besar ni saya cepat lapar. Mesti nak makan berat.

Bila tengah hari saya lapar, kadang2 teringin spageti, or kuew tiaw, then saya goreng lah. Tapi petang pukul 3 tu mesti lapa lagi and saya akan masak lauk2 and nasi untuk saya makan and untuk Hubby dinner nanti.
So far seronok jugak. Macam2 lauk dah saya masak. Ikut ape Baby teringin hihi.
Alhamdulillah saya pregnant x de  pulak nak mengidam makanan pelik2.
Sebenarnye tu sume mind set kita..Jangan nak diikutkan sangat..Kesian kat suami nanti susah2 nak carikan makanan yang kita idamkan.

Hihihi ni contoh2 makanan yang saya dapat masak selama 2 mggu duduk rumah ni =)

Sambal sotong 


 Ikan tenggiri masak tempoyak


Tauhu taucu 


 Kari Ayam


Kuew tiao goreng + Kari ayam 


 Ikan kembong goreng berlada


 Ikan Selar masak 3 rasa


 Bendi bercili


 Daging masak kicap


Mee goreng

Nyum3..terliur takk...hehe kalau saya kerja mesti tak sempat nak masak2 camni and mesti asik makan luar..
Balik keje mesti penaat nak urus rumah, layan suami...nanti ada baby jaga baby lagi...

At last, saya tetap dgn pendirian yang suami yang kene all out cari rezeki, and isteri take care home, didik anak2..hhmm tugas yang mulia kan...best sangat =)

Monday, 25 February 2013

Excited!!!

Sekali lagi post ni dari office.. hehe mentang2 lagi 3 hari koje..
selambee je..

hehe..lg beberapa hari ni nak bergelar penganggur ni jadi excited sangat plak.
Excited nak jadi surirumah..hehehe

Dah leh bayang da nanti mesti bangun pagi2..uruskn bekpes hubby, bekpes same2,
babai hubby gi keje...pehtu kemas umah, basuh bajuk, masak, tggu hubby blk keje..dinner same, tgk tv same2..etc..

Maybe u all akan ckp mcm boring je..hehe tp aku rasa seronok ng job baru nih..n excited nak do the best.
Syukur sangat pada Allah bagi nikmat berkahwin and jadi isteri. =)

Pasal keje tu aku serah padaNya..I did my best..usaha..salah satu interview aku gagal sbb derg x nak org pregnant. X pela..tu sume aturanNya. Allah da rancang da segala utk kite..jgn la bersedih hati..sebab Dia hanya bagi yg terbaik utk kite =)

Jangan susah hati...kalo ade masalah serah segala padaNya..Insyaallah rasa tenang sgt..

Hidup ni antara syukur dan sabar je..
Syukur sangat atas segala nikmatNya..tak terkira banyak sgt nikmat Allah bagi..tp kite selalu rasa x ckp..
Jom jadi hamba yg bersyukur atas segala nikmat Dia bagi..

Dan jom jadi hamba yang bersabar atas segala ketentuan dan ujian Dia.
Selalu org suruh kite sabar2..tp ssh kan sebenarnye nak sabar..
Selalu kite cakap...tadi die wat aku camni2...sabar je laa...sebenarnye tu bukan sabar tu..

Sabar tu kite akan dapat bile kite percaya dan yakin sume itu datang dr Allah...dan kite serahkan segala pada Dia..Cthnye, org herdik kite..mesti kite marah kan..tp bile kite yakin setiap apa yg jadi tu ada Allah disebaliknye..mesti kite akan rasa tenang..No worries..itu dari Allah..Allah uji kite..dan setiap yg Allah bagi tu xde yg burukk..
hehe

Aku pon masih belajar utk jadi hamba yg sentiasa bersyukur dan sabar...
Thanks to hubby sebab byk ajar saya bersabar..kalo dl aku mmg pemarah n ape2 skit nak marah..terutama pada org terdekat...

Dan sekarang terasa lebih tenang..Alhamdulillah..=)

Thursday, 21 February 2013

A decision


                                                             Resignation announcement

Pada aku resignation kali ni bukan la satu keputusan yang seronok dan sepenuh hati..
Mungkin sebab aku still lagi suke dengan kerja aku skrg, dgn kawan2 sekeliling yang sangat baik hati.
Love the work environment, good salary package etc..

But still..I need to make a decision..

Bukan la satu perkara yang best untuk keep changing job. Selain drpd x dapat tackle specific skill secara menyeluruh..juga impression yang tak begitu baik untuk di promote dalam CV kite..

Hmmm..yg aku pasti...nak start untuk new job (x dpt lg) pon masih separuh hati..
and mungkin kerja lepas ni aku buat tanpa passion..tp sbb life must go on and backup money doushitemo are still needed..

Tapi macam mane pon perasaan ku pada ketika ini..

Sebelum aku decide dgn decision skrg..

Aku tanya pada diri aku....
Aku hidup untuk apa? Untuk mendapatkan RedhaNya
Adakah dgn aku teruskan kerja skrg aku akan menepati tujuan hidup aku? Hanya menepati keperluan duniawi. Jauh dari suami..x dapat bekhidmat untuk suami seadanya...x dapat jaga makan minum dia dan x dapat berada disis dia bila dia penat balik keje dan perlukan isteri untuk hiburkan hatinya..

Bila fikir tentang itu...aku rela berhenti kerja untuk kehidupan yg lebih bererti dan diredhaiNya....
kerana..

tiada apa yang buat aku gembira selain melihat suamiku gembira...
Biar kite susah sama2, senang sama2...

Ayang sentiasa doakan untuk abang.

Rezeki itu dari Allah..yang memberi cukup itu juga Allah. 
Semoga Allah cukupkan keperluan kita..dan jadikan kita hamba yang bersyukur.

Love u hubby..



Friday, 15 February 2013

Cerita seorang ex-Disco..

Fuh..ni 1st time aku tulis blog masa kat opis..
sebabkan dah terlalu hima(free). X tau nak cakap camne lagi dah .
Yela da la kat opis hanya ada beberapa kerat je org..
Opis aku cume ade 18org staff. 2 drpd nya Melayu dan yang lain Chinese.
Hari ni hanya ada 5 org saja di opis..Yang lain masih sambung cuti CNY. 

Sebenarnye...bulan ni adalah bulan terakhir ku bekerja sebagai Application Engineer di Disco..
Sangat sedih sebenarnya..sbb aku x jumpa lagi kerja yg aku betul2 passion buat selain dari current job..
and aku terpaksa melepaskan nyaa demi my future family...yaa..i called it SACRIFICE. 

Selepas 2 tahun 6 bulan bekerja sebagai engineer...memang sangat2 banyak belajar.
Lagi2 1 tahun 3 bulan di DISCO. I tell you Disco is a good employer. Walopon sekejap tapi Disco banyak ajar aku jadi engineer yg baik. Instead of complaining this and that, I felt more grateful working in this company. 

Ramai org cakap, OK ke kerja and Chinese? To be honest..I prefer working with them. 
Maybe bahagian saya, alhamdulillah sepanjang bekerja Allah sentiasa turunkan orang2 yang baik sekeliling ku sampai aku rasa Ya Allah, bersyukur sangat2.

Kerja aku selalu travel sane sini support customer and most of the time sorg2. Deal ngan customer bukan senang sbb we are not SALES ENGINEER. We are APPLICATION ENGINEER. So-called "technical expert". Aku 1st MELAYU and the only female engineer dalam DISCO. Dan kite mmg sentiasa deal ngan DISCO SPORE sbb SPORE regional office and lebih ramai technical expert even training pon kat sane.

Dah la pompuan Melayu lak tu..customer mostly Chinese and dah keje berpuluh2 tahun..what you expect their expectation on me? haha mmg agak stress memikirkannya masa mula2 diberi project dulu.
But somehow, bila kita start pergi keje and berdoa sentiasa bertawakal padaNya, aku tgk Allah selalu permudahkan urusanku...Ramai sangat orang sanggup tolong aku....dan kebanyakannya non Muslim.

Setiap kali aku datang customer place, aku bawak tool bag, smock/jump suit (for clean room), and bag laptop yang berat. Setiap kali customer datang escort kat guardhouse mesti derang tolong angkat bag aku..(maybe sbb tgk kesian nye dak ketot nih)..Dalam line bile aku kene handle machine, aku sendiri x malu nk mintak tlg technician or akak2 operator..And they are very2 helpful..

Apa lagi patut aku buat melainkan syukur sgt2 pada Allah. All my chinese colleagues, ya Allah baik sangat..especially expert from Spore office. Selalu call akuu follow up...mcm mane project ok ke x. 
Kalo aku gi spore sorang2, derang tolong angkat beg dr atas ofis sampai tunggukan taxi..worried kan aku gile2..dan ape lagi aku perlu katakan selain bersyukur sangat pada Allah.

X dinafikan kerja aku mmg challenging and tough..tapi tiap kali aku rs down mesti ada perkara wat aku semangat balik..n bile berjaya settlekan customer prob or any new project rasa cam satisfied gilee...
Ya job satisfaction..itu yg aku sker..

Yang paling aku rasa selesa bekerja di sini..orang Cina x mengumpat or mengata orang macam org Melayu. 
I'm tellling you the thruth. ya x leh tipu la derg ade jgk ckp buruk pasal org len tp caranya x mcm melayu..Melayu kalo kite dgr sindiran or umpatan die tu mmg powerfull..PANASSS je dengar. but chinese..they're not like that..kalo ade pon maybe dlm mandarin or kantonis or hokkien yg aku x paham..and I'm happy with that.

Salah satu sbb aku suke sini..aku tenang dr dgr perkara2 buruk n negatif..
Tapi aku selalu dgr perkara2 positif...
I'm very grateful to has this opportunity work in Disco..
And I will always be DISCO FAN =)

Monday, 4 February 2013

My New Year story

Alhamdulillah, selepas beberapa bulan no update for this blog, hari ni rasa macam nak update and nak share few story to all my friends ( x tau la siapa yg still follow this blog..hehe ntah2 da x de org baca..x pe laa layann je la). 
 
Walopon ni da nak masuk bulan Feb, dah nak masuk Chinese New Year da pon..tapi aku still nak cite pasal kisah New Year ku yang bahagiaa...

And the story begins....

Jumaat- 28 December 2012

Aku rasa tak sedap badan since pergi office hari ni. Rasa macam cramp kat rahim macam nak period.
Suppose next period ku 31 Dec 2012. Just ada beberapa hari lagi nak period cuma yang peliknya aku rasa sakit tu macam dah nak period sangat2. Yela aku rasa semua perempuan yang period nye regular akan ada simptom2 biasa yang diorang rasa setiap bulan. Sama la macam aku. Biasanya kalo sakit macam ni, dalam beberapa jam lagi darah akan keluar..Tapi ni awal lagi..Jarang period aku datang awal dari biase..biasenye cycle ku tetap 28 hari...hmmm

Then, disebabkan aku still rasa x sihat, masa lunch aku pegi klinik. Doc ni pulak just amik air kencing aku and check ada sikit kencing kotor. Tapi mmg aku ada masalah kencing kotor pon since start keje di Toshiba. So, dia suspect aku sakit sbb kencing kotor. Tapi aku still x puas ati..sbb kalo kencing tu kotor skit je takkan la leh produce sakit yang macam tu...(sbb aku penah alami kencing kotor yang agak teruk..sakitnye agak lain) ...hmmm. 

After amik ubat dari Doc, and MC sekali aku balik office and singgah farmasi Guardian jap. Instinct aku suruh beli Pregnancy Test Kit. Aku beli yang mahal sikit tu jenama Clear Blue. Saja aku beli, sbb aku fikir kalo period kali ni lambat so aku just check je la nanti. 

Then disebabkan aku MC half day, aku pon direct balik ke Melaka. (Husband kan kat Melaka). Weekend aku balik sane la..

Sabtu-29 December 2012

Nak dijadikan cite, husband ku kene keje pulak hari ni..sob3..sedih sebab dah janji da nak gi jalan2..yela weekend husband and wife ni..time weekend je la kami ade masa berdua..Tapi lepas hubby pergi keje, aku rasa x sihat badan. Rasa demam..badan panas je..pastu pening kepala sangat.. perut still rasa cramp..Then aku berselubung dalam selimut..Whatsapp dgn kakak aku dia kata cuba try pregnancy test tu..mana tau kot2 pregnant. Tapi time tu dah tengah hari..Aku baca kalo nak test accurate elok check time kencing yang 1st sekali pas bgn tido pagi tu..

Tapi, aku pon try je. Kalo x detect aku try la lain kali. Tapi, pas check jeeee...terkejut! betul ke niiii...Alhamdulilllahhhh..menggigil ku pegangg..hihi dah la hubby x de..Dia tulis pregnant 2-3..meaning 2-3 weeks baru..banyak eh hormon HCG aku leh kesan walopon br peknen beberapa mggu. Then aku pon call En. Hubby..dia lagi la x cayaa..hihihi


                                                                   Taraaa......

Isnin-31 December 2012

Disebabkan company ku cuti hari ni, hubby pon bawak gi Pusrawi utk confirmation doc. Saje gi Pusrawi sebab panel klinik utk ING insurance. Cover by company hubby keje, Petronas. Dia cover isteri and anak2 sekali. So, sbb terlalu awal, Doc scan still x nampak. sbb maybe sangat kecik lagi. Then, doc pon amik darah. Utk buat ujian HCG. Doc kata check air kencing utk tau +ve or -ve je. Tapi, check darah utk tau tahap hormon, and sekali gus leh tau saiz baby tu besar mane. So kene dtg lagi next 2 days utk tau result.

Khamis- 3 January 2013

So, kali ni datang nak follow up result ujian darah hari tu. Doc sahkan ku pregnant..Alhamdulillah. Tapi still nak tau kat mane baby tu..takut ectopic pregnancy (mengandung luar rahim). So disebabkan scan atas rahim x nampak...terpaksa ikut jalan lain..Akhirnye nampak jugak si tomey tu...tecikkk jee..Alhamdulillah die dok elok dalam rahim ummi diaa...=)

                                                                      Chakkkk...

Hihi alhamdulillah skrg sudah 9 mggu ku pregnant..Hari tu mggu ke 7 gi check up lg...da nampk bentuk and degupan jantung baby..SubhanaAllah ..mmg indah ciptaan Allah..bygkan ada satu lg heart beat dlm rahim kita..x tau nk ckp perasaan nye...Syukur sangatt3..

Hihihi oklah..cukup utk mukadimah nye...nanti aku update lagi ragam ku mengandung week by week..
Tataaa...

Assalamualaikummm...