Monday, 22 April 2013

Hadiah sempena Ulangtahun Pertama Perkahwinan Kami!

Hihi...sebenarnya title post ni hanya gimik jee..x de la hadiah mende pon..hehe
Tapi untuk pengetahuan semua 27hb April 2013 ni maka genaplah 1 tahun perkahwinan kami. hehe
Alhamdulillah happy sangat.

Dan setelah nak dekat setahun kahwin barulah kami membeli sebuah mesin basuh seperti gamba di bawah...muahaha...yee setelah setahun kami baru ada mesin basuh ..hikhik

taraa!! 9.5kg LG top loading washing machine..(hameeekk kaw 9.5kg terus)

Maka dengan ini...lengkaplah segala perkakas dalam umah kami...hehe inilah baru dikatakan cabaran di awal perkahwinan..susah senang kite redah bersama...Si isteri, jangan ingat nak senanggg jeee..masuk rumah cuci kaki je..lain la suami kite tu Datuk atau businessman gaji 10k sebulan..kompen leh dpt sume dalam sekelip mata..haha

Tapi, bila ingat balik saat di awal perkahwinan..kami bermula dgn tinggal rumah flat 4 tingkat..yang memang agak uzur..masa tu aku kalo bole nak duduk kat better house..tapi aku rasa kasihan kat suami tu melebihi segalanya..(yela, masa tu nak pkai duit nak kawin lagi, nak masuk umah sewa kene byr deposit 2 bln lg, persiapan umah lepas kawin lagi)..so, kita bertolak ansur la kan..aku fikir x pe kite susah2 skrg..lepas ni mesti ada rezeki Allah bagi..

Hasil duit hantaran, kami beli satu set bilik tidur. Pastu sikit2, kami kongsi duit beli tv, sofa. Peti ais time tu x beli pon..pakai freezer kecik cam kat hotel tu je..itupon aku ada simpan sejak dok umah bujang dl..

Luckily, ayah aku sponsor kabinet dapor, meja makan, almari buku..tapi tu sume 2nd hand laa.dari umah kakak aku benonyee..die pindah umah lain, then die bagi ar kitorg brg lame die..hehe..ayah aku bg gak 2nd hand mesin basuh (sbb ayah aku beli baru tok mak aku) tapii..sejak dari awal lg bile kami nak gune mesin basuh tu rosak...haha..korang bayangkn..memang setahun mesin basuh tu jadi hiasan je..tiap minggu kami anta ke kedai dobi utk basuh baju..takpon hanta basuh kat umah parents..hehe..perkara ni berlaku selama setahun ..haha

Alhamdulillah..sbb kite yakin sangat rezeki tu dr Allah kan...alhamdulillah..En Suami dapat kerja di company yang diidam2kan nye..PETRONAS...aku rasa seronok sbb aku tau walopon dia x cakap aku tau sbg lelaki mesti die ada pride untuk gaji lebih dari isterinya..yelah masa tu gaji aku 2 kali ganda lebih dari gaji suami...

dan sekarangggg....sejak pindah Melaka sikit2 keperluan tambahan kami beli cam peti ais, and lasttt sekali mesin basuh...hehe..terima kasih juga buat kawan2 yg bagi hadiah kawin kami yg best2..melengkapkan lg perkakas/keperluan umah kami..=)

dan..aku bangga jadi surirumah...walopon da biasa dulu sentiasa ada duit..kalo ape2 entertainment mesti aku yg taja..tapi aku lagi bangga buat suami aku bangga dan bahagia..dia mesti seronok dapat sara keluarga kecil kami ni..hihi..walopon duit tu cukup2 untuk keperluan bulanan sahaja..hehe..

sekali lagi aku percaya dan yakin sangat rezeki dari Allah..Nanti mesti ada rezeki baby yang Allah turunkan x diduga2..insyaAllah..

Allah know best! Thank you hubby!..I will always support you..as i always do...=)

HAPPY 1st ANNIVERSARY LOVE

Monday, 15 April 2013

Prenatal care : Check up at Klinik Kesihatan (Gov) or Private Hospital?

Assalamualaikum.

Entry kali ni aku nak share pasal  prenatal care iaitu monthly check up untuk memastikan kesihatan ibu mengandung sentiasa dalam keadaan baik sepanjang tempoh 9 bulan hamil.

Masa baru2 disahkan mengandung, disebabkan this is my 1st pregnancy memang rasa happy tapi blur tentang what should i do next?

Soalan2 common yang selalu di tanya rakan berpengalaman termasuklah

- "Dah plan ke nak check up kat mane? Private or KK (Klinik kesihatan gov)?"

Time tu mmg tak sure nak jawab ape sebab still lagi kekurangan knowledge tentang perkara2 ni..
So, apa lagi hari2 memang keje mengoogle je la search related info.

-Ada orang kata walaupon kite plan nak bersalin di mane2 hospital private pilihan hati, tapi wat la jugak check up di KK dan create buku pink/merah in case kalo tibe2 time nak bersalin nti ade komplikasi dan terpaksa refer ke GH ..so time tu da ada record dan memudahkan process.

As for my experience,

1st time check up di buat di Hospital Pusrawi, KL. Masa ni ingatkan ING boleh cover tapi x tau plak rupenye Pusrawi ni hospital pakar..and ING x cover untuk monthly checkup kat specialist. Kalo nak free, kene check kat panel clinic.
Disebabkan ING x cover, plus kos check up kat pusrawi agak mahal (up to RM200++ per check up) so, aku decide nak check up kat tmpt lain je for next month.

For the next 2 month, 2 kali aku check up kat Pusat Perubatan Naluri, Wangsa Maju hospital yang aku plan nak bersalin kat sini, dekat dgn rumah parents. Kos lagi murah dari Pusrawi, and aku leh claim kat company. Average cost per check up RM105 termasuk ubat.
Biasenye, doc x de check pe sangat pon..die check air kencing (4 bulan ke atas), berat badan, BP, and scan baby.

Recently, disebabkan aku da pindah Melaka, did some research..and 1st check up kat Melaka di Putra Specialist Hospital best jugak. Doc leh wat 3D scan. Kos still same dan check up pon same je..air kencing, bp, berat...

During my 18 weeks of pregnancy, kene marah ngan membe yang Doc, kenapa x bukak buku merah kat KK. Katenye gov check lagi detail. So die suruh jgk gi KK. hehe

So, disebabkan rumah aku ni sangat dkt je dengan Poliklinik Komuniti Ayer Keroh, aku pon gi sane 1st time register at 18 weeks of pregnancy. Nurse sane baik2 je...Sampai sane ape yg perlu kene wat..
1) Register...isi maklumat dalam buku pink
2) Amik darah untuk ujian darah/HIV test.
3) Ujian air kencing
4) Check berat badan, BP
5) Body check up by nurse ( check breast, saiz perut, leher etc)
6) Jumpa doc (Tpi doc KK x selalu scan baby..die akan rasa perut pakai tangan.hehe hebat!).

Result: Semua test OK, except for my blood test. Hemoglobin (hb) ok tapi MCH level aku kurang skit dr normal. Dia takut aku leh kene anemia (quite common pd kebanyakan  ibu mengandung). So, next month kene amik darah lagi..

My opinion: Sangat puas ati gi check up kat KK sebab mmg detail..at least kite akan amik tahu tentang kesihatan kite jugak instead of fikir pasal baby je..sbb baby yang sihat dr ibu yang sihat. Nurse jugak banyak bagi nasihat...i like! Kos check up pulak RM0 ok..ye free..x yah bayar pape..
tapi maybe kene tunggu lame skit..(tp ikut pengalaman aku check up mane2 pon kene beratur panjang. Ramai ngat org mengandung heheeh).

Pesanan: Nak gi check up tu bawaklah majalah ke, buku ke untuk dibaca masa menunggu tu and bawak roti n air untuk isi perut..So, both KK and private lebih kurang same je during monthly check up dari segi menunggu dan check up details (tp KK lg detail and kos free). Vitamin pon same je..

Cume sesekali nak scan baby tu maybe leh gi private..hehe..=)

Tapi untuk bersalin, aku prefer PRIVATE HOSPITAL !







Sunday, 14 April 2013

PEPERIKSAAN PTD GRED M41

Assalamualaikum w.b.t

13 Apr 2013 yang lalu, untuk pertama kalinya aku dipanggil untuk menduduki exam bertulis PTD Gred M41. Baru teringat kali terakhir update permohonan SPA pon akhir tahun lepas since 2008 masa kat Jepun lagi. Disebabkan masa apply dulu masih di KL, alamat pon alamat KL, x sedar pulak dapat surat SPA. Nasib baik teringat nak bukak email 2 hari sebelum tarikh exam. Sempat la wat preparation sikit2.

So, untuk sapa2 yang akan menduduki exam ni  akan datang aku just nak share sikit2 tentang exam ni.

Peperiksaan bertulis PTD GRED M41 ni ada 4 seksyen atau 4 paper.
Seksyen A: Pengetahuan Am (50 soalan, 45 minit)
Seksyen B: Soalan Matematik + IQ test (40 soalan, 45 minit)
Seksyen C: Essei Bahasa Melayu (1 soalan, 1 jam)
Seksyen D: Essei Bahasa Inggeris (1 soalan, 1 jam)

Cadangan preparation yang korang patut buat untuk..

1) Seksyen A: Pengetahuan Am

Semasa jawab soalan2 dalam kertas ni rasa macam jawab soalan Sejarah SPM dulu pon ada.
Sebab dia memang berkisar tentang Sistem pemerintahan negara yang sedia ada. Soalan2 juga berkisar tentang the latest aktiviti yang dibuat oleh the latest PM. Maksudnya anda kene alert tentang aktiviti kerajaan sekitar tahun semasa (2012/13). Contohnya, mcm kali ni soalan banyak berkisar tentang gagasan 1Malaysia dan RMK-10...

Contoh2 soalan termasuklah

1) Apakah itu enakmen? Jawapan aku salah..huhu aku jawab undang2 yang dibuat oleh Dewan Rakyat, jawapan sebanar ialah..,,korang search sendiri!!!!
2) Apakah negara terakhir yang menyertai ASEAN? Yang ni pon aku salah..memang x ingat pon jawapan nye..aku jawab LAOS..jawapan sebenar...korang search sendiri!!!!
3) Apakah mahkamah tertinggi di Malaysia? haa..nasib baik yang ni aku  betul..hihi
4) Dalam penentuan sesebuah kawasan menjadi Bandaraya, siapakah yang mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan sesebuah kawasan tempatan itu jadi Bandaraya?
 a) YangDipertuan Agong
 b) Perdana Menteri
 c) Menteri Besar
 d) Kerajaan tempatan
tak sure jawapan sebenar soklan...cam biasa hentam sajalah...
5) Apakah contoh2 sekatan yang dibuat dalam perdanganan antarabangsa.
 1) Kuota
 2) Duti import
 3) Duti eksais
 4) Duti eksport
 5) Embargo
Haa korang agak2 ape jawapan nih? Aku hentam 1,2 &3..macam pernah dengar2 je pasal embargo nih dulu..hihi tapi x sure..

dan banyak lagi soalan2 lain pasal pemerintahan negara yang seorang PTD patut tahu..hehehe
termasuk lah pasal the latest gagasan 1Malaysia, Dasar Ekonomi Baru (DEB) RMK-10..

So, untuk preparation, aku cadangkan
1) Bacalah balik buku teks Sejarah SPM pasal sistem pemerintahan Malaysia dan Dasar2 ekonomi Malaysia.
2) Bacalah tentang the latest aktiviti yang the latest kerajaan buat. Untuk ni aku sempat study kat laman web Pak Jib...www.1Malaysia.com.my
3) Alert la jugak dgn kementerian2 di Malaysia..walopon soklan ni x banyak pon..

2) Seksyen B: Soalan Math + IQ test.

Soalan2 math dia senang je..sbb soklan mathematic moden SPM Form 5 je. and ade jugak skit2 IQ Test yang tricky skit. Tapi disebabkan senang derang sengaja wat 40 soalan dalam masa 45 min je..masa mmg x cukup sbb soklan die kebanyakan nye soklan menyelesaikan masalah. Kene baca ayat panjang2 pastu jawab. Masa da abis pon aku ade  lg soalan x sempat jawab..tp time tu cam biasala..hentam aje isi jawapan dalam kertas OMR tu..yang penting jangan tggl kosong..manetau kot2 jawapan hentaman itu betul..hehe

3) Seksyen C & D: Essei BM & BI

Haa yang ni aku paling riso sbb dah lama ngat x tulis essei since SPM. and lately plak x banyak membaca..hehe preparation yang leh di buat...maybe baca buku contoh karangan SPM. hehe
dapat la idea skit camne nak wat pendahuluan, penutup..kene ada 4 isi at least..setiap isi ada contoh..
Camtu la lebih kurang ciri2 karangan yg baik..kalo x silap aku..hehe..

Dan ramai orang kate markah banyak dikira dari essei nih..jadi wat la essei anda betul2..=)


OK. tu je info yang dapat di share. Sape2 yang akan menduduki exam ni in future..selamat berjaya!!!



Wednesday, 10 April 2013

Malacca Riverside

Assalamualaikum wbt.
Fuh hujan lebat sekarang ni di Melaka. Rasanya semua tempat hujan hari ni kalo tengok dalam FB semua update tentang hujan lebat dan angin sangat kuat..

Nak cite pasal last week (Jumaat) 5/4/2013..memandangkan Ahad lepas 7/4/2013 adalah birthday bonda ku yg tercinta yang ke 59thn dan adik beradik ku serta Mak and Abah semua nak datang Melaka sambut birthday dirumah ku..so aku and hubby ingat nak gi survey2 la kedai makanan yang menarik untuk dibawa untuk makan malam.

So,  osusume (recommended) by hubby's kohai (junior), dia ada cadangkan before ni,  gi la try makan kat satu kedai menarik so-called " Malaccafe" terletak di Melaka riverside area2 bangunan bersejarah kaler merah kat Banda Hilir tuh.

Sejak dok Melaka nih x de la rajin sangat nak gi Banda Hilir tu, bukan pe sebab jalan situ Jalan Sehala pastu kalo weekend kompom jem gilee..memang malas nak join the crowd lagi2 time pregnant ni..mmg x larat pon jalan lebih2..nanti sakit kaki..n lenguh gile..tp sebab malam tu Jumaat malam sabtu so consider still ok and x jam sangat.

Kami dok google2 kedai " Malaccafe" ni. Just thru some bloggers boleh agak sikit2 la tempat ni kat mane. Tapi bile da sampai area situ mencanak jugak la..mmg x nampak di tepi jalan sebab die di sebalik bangunan2 tu and kene jalan belakang bangunan merah yg mengadap river. So, kitorg park kat area muzium , jalan belakang tu mmg view yang cantik and ade tempat beli tiket untuk river cruise. Kami x penah naik ni..x pe la banyak masa lagi..hikhik..

Menapak dari muzium, lalu bulatan kecil yang simpang ke Jonker Walk tu, terus ke blkg bangunan merah mengadap sungai..akhirnya jumpa jugak kedai makan yang comel ni.
Bila sampai situ rupa2nya kedai dia sangat comel..hanya beberapa tempat duduk je..and x sesuai la nak bawak satu famili makan situ. tapi kalau untuk couple mmg leh dapat mood romantik la..hehe..
But still, masa kitorg gi kedai ni full house..tapi nasib baik sebelah kedai dia ade kedai yang comel jugak, tapi x ramai sgt orang, maybe sbb makanan dia lebih mahal (mahal sikit jee)

Nama kedai die aku lupe la..sbb pelik skit.."Dutch ....ape tah" sorry eh x ingat..
Tapi kat sini la kami having our dinner...aku pilih menu " Malacca laksa" and hubby makan mee kari je.
Surprisingly Malacca laksa ni mmg sedap sangat..harga dlm RM8.90. Sangat sedap...
seingat aku rasa dia niiteru (similar) ngan laksa singapore sebab aku pnah try sekali dulu masa gi business trip kat Spore. tapi ni version lagi sedap =) nyumm3..

Sapa2 yang teringin nak gi short & romantic trip tu boleh la jalan2 Melaka 
and singgah kedai ni eh...

Ni la dia "Malacca Laksa" yang sedap tuu..nyum3.

Melaka sekarang dah ada Hard rock Cafe..mmg sesuai la dia letak kat Banda Hilir satu sebab Melaka kan salah satu World Heritage! 
#Kalo eden bekojo, dah lama dah belanja hubby Hard Rock Cafe...hehe tapi sebab x de income and bergantung pada income hubby jadi tunggulah hari2 istimewa (kalo time tu bertepatan ngan Pay Day)..sob3..hehe