Sunday, 14 April 2013

PEPERIKSAAN PTD GRED M41

Assalamualaikum w.b.t

13 Apr 2013 yang lalu, untuk pertama kalinya aku dipanggil untuk menduduki exam bertulis PTD Gred M41. Baru teringat kali terakhir update permohonan SPA pon akhir tahun lepas since 2008 masa kat Jepun lagi. Disebabkan masa apply dulu masih di KL, alamat pon alamat KL, x sedar pulak dapat surat SPA. Nasib baik teringat nak bukak email 2 hari sebelum tarikh exam. Sempat la wat preparation sikit2.

So, untuk sapa2 yang akan menduduki exam ni  akan datang aku just nak share sikit2 tentang exam ni.

Peperiksaan bertulis PTD GRED M41 ni ada 4 seksyen atau 4 paper.
Seksyen A: Pengetahuan Am (50 soalan, 45 minit)
Seksyen B: Soalan Matematik + IQ test (40 soalan, 45 minit)
Seksyen C: Essei Bahasa Melayu (1 soalan, 1 jam)
Seksyen D: Essei Bahasa Inggeris (1 soalan, 1 jam)

Cadangan preparation yang korang patut buat untuk..

1) Seksyen A: Pengetahuan Am

Semasa jawab soalan2 dalam kertas ni rasa macam jawab soalan Sejarah SPM dulu pon ada.
Sebab dia memang berkisar tentang Sistem pemerintahan negara yang sedia ada. Soalan2 juga berkisar tentang the latest aktiviti yang dibuat oleh the latest PM. Maksudnya anda kene alert tentang aktiviti kerajaan sekitar tahun semasa (2012/13). Contohnya, mcm kali ni soalan banyak berkisar tentang gagasan 1Malaysia dan RMK-10...

Contoh2 soalan termasuklah

1) Apakah itu enakmen? Jawapan aku salah..huhu aku jawab undang2 yang dibuat oleh Dewan Rakyat, jawapan sebanar ialah..,,korang search sendiri!!!!
2) Apakah negara terakhir yang menyertai ASEAN? Yang ni pon aku salah..memang x ingat pon jawapan nye..aku jawab LAOS..jawapan sebenar...korang search sendiri!!!!
3) Apakah mahkamah tertinggi di Malaysia? haa..nasib baik yang ni aku  betul..hihi
4) Dalam penentuan sesebuah kawasan menjadi Bandaraya, siapakah yang mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan sesebuah kawasan tempatan itu jadi Bandaraya?
 a) YangDipertuan Agong
 b) Perdana Menteri
 c) Menteri Besar
 d) Kerajaan tempatan
tak sure jawapan sebenar soklan...cam biasa hentam sajalah...
5) Apakah contoh2 sekatan yang dibuat dalam perdanganan antarabangsa.
 1) Kuota
 2) Duti import
 3) Duti eksais
 4) Duti eksport
 5) Embargo
Haa korang agak2 ape jawapan nih? Aku hentam 1,2 &3..macam pernah dengar2 je pasal embargo nih dulu..hihi tapi x sure..

dan banyak lagi soalan2 lain pasal pemerintahan negara yang seorang PTD patut tahu..hehehe
termasuk lah pasal the latest gagasan 1Malaysia, Dasar Ekonomi Baru (DEB) RMK-10..

So, untuk preparation, aku cadangkan
1) Bacalah balik buku teks Sejarah SPM pasal sistem pemerintahan Malaysia dan Dasar2 ekonomi Malaysia.
2) Bacalah tentang the latest aktiviti yang the latest kerajaan buat. Untuk ni aku sempat study kat laman web Pak Jib...www.1Malaysia.com.my
3) Alert la jugak dgn kementerian2 di Malaysia..walopon soklan ni x banyak pon..

2) Seksyen B: Soalan Math + IQ test.

Soalan2 math dia senang je..sbb soklan mathematic moden SPM Form 5 je. and ade jugak skit2 IQ Test yang tricky skit. Tapi disebabkan senang derang sengaja wat 40 soalan dalam masa 45 min je..masa mmg x cukup sbb soklan die kebanyakan nye soklan menyelesaikan masalah. Kene baca ayat panjang2 pastu jawab. Masa da abis pon aku ade  lg soalan x sempat jawab..tp time tu cam biasala..hentam aje isi jawapan dalam kertas OMR tu..yang penting jangan tggl kosong..manetau kot2 jawapan hentaman itu betul..hehe

3) Seksyen C & D: Essei BM & BI

Haa yang ni aku paling riso sbb dah lama ngat x tulis essei since SPM. and lately plak x banyak membaca..hehe preparation yang leh di buat...maybe baca buku contoh karangan SPM. hehe
dapat la idea skit camne nak wat pendahuluan, penutup..kene ada 4 isi at least..setiap isi ada contoh..
Camtu la lebih kurang ciri2 karangan yg baik..kalo x silap aku..hehe..

Dan ramai orang kate markah banyak dikira dari essei nih..jadi wat la essei anda betul2..=)


OK. tu je info yang dapat di share. Sape2 yang akan menduduki exam ni in future..selamat berjaya!!!



3 comments:

aReLaN said...

all the best la ye. pengalaman tu penting. kitorang ni memang malas nak study. main tembak je lebih.

AjiGiJiss, AiN Kici said...

Aku x study pon. Ni pandangan aku lepas jawab exam..hahaha saje nak share sbb aku pon carik maklumat cmni time nk exam dl tp x jumpe haha

kyo_9 said...

お疲れ様です!
参考になります

aku tunggu kerajaan "baru" dulu la kalau nak try
(笑)