Monday, 20 May 2013

Persiapan untuk Ain & Izzuddin Jr.

Assalamualaikum..

The latest pic of me during 6 months of pregnancy.
Time ni kat klinik nak amik ubat selsema sbb selsema  teruk.
(Abaikan la Mat Bangla kat blkg tu)
Hi Kawan2,

Ni lah rupa bentuk ku yang tekini..hihi
Alhamdulillah sudah 6 bulan mengandungkan baby ucuk dalam peyut tu..
Abaikan la muka yang pucat tu..Memang malas nak make up pon. Setakat gi klinik je..

Persiapan menyambut my 1st baby

So far sebenarnye tak de lagi prepare beli barang apa2 pon untuk baby.
Tapi, apa yang saya buat ialah mental preparation and info collection.
Ok. Sebagai bakal ibu untuk anak pertama ni mmg kene banyak carik ilmu and info ok.
Tak boleh la tergopoh gapah, nampak baju baby je nak beli, nampak barang baby je nak beli semborono..
Kenela wat study serba sedikit.
So kat sini aku nak share serba sedikit apa study yang aku dah wat.

1) DIAPERS BABY
Aku wat sikit study, diapers apa yang terbaik. So far, from googling research, MAMY POKO adalah pampers yg dapat good feedback dari kebyakan mommies. Tapi, harga dia agak mahal. So, as for my 2nd option, maybe I will choose diapers jenama HUGGIES for my newborn baby. Either one laa..

Oh ya, sebenarnya, aku mmg x berapa minat tentang penggunaan lampin pakai buang ni. Yela, korg tau x penggunaan diapers ni sangat banyak, pastu x eco friendly, diperbuat daripada plastik. Selain merupakan sampah yang sukar dibiodegrasi, baby jugak mudah dpt ruam akibat penggunaan diapers ni. Kesian baby.

So, insyaAllah aku tekad nak gunakan CLOTH DIAPER untuk anak2ku..Tapi sbb mommy kene rajin n kerap basuh, aku plan nak start pkai kn untuk baby lepas pantang nanti..Maybe bile baby dah 3 months. Sbb time pantang nti mane larat nak basuh..kesian plak kat mak aku nak kene basuh. So, x mo la nyusahkan orang tua.

2) BREAST PUMP
Ok yang ni juga penting untuk ibu2 yang plan untuk fully breast feed baby dia. Yela, zaman skrg ni byk sgt penyakit, jadi penyusuan susu ibu secara exclusive adalah salah satu cara yg betul n baik untuk membekalkan baby sistem imunisasi yang baik. Melalui pembacaan, mmg x berapa elok kita bagi baby susu formula. Selain lambat dihadam, baby jgk senang dpt penyakit. Mr.Hubby plak mmg sangat galakkn BF baby. Dia x suke formulated milk nih. Daripada kesedaran ni, no wonder banyak ibu2 skrg gigih BF baby tau walopon bekerja.

Hasil pencarian aku yg mendalam, akhirnya ku pilih pump jenama AMEDA dual pump. dan insyaAllah akan beli dari page Fabulousmom.com =)

3) SET BERPANTANG UNTUK IBU
Ha yang ni juga salah satu perkara penting untuk bakal ibu survey sebelum bersalin ye.
kenelah rajin2 cari maklumat set2 bersalin mane yang sesuai. Ada macam2 jenis set berpantang di pasaran.
Pilihlah mengikut citarasa anda..
Untuk aku, aku pilih set berpantang TROPICAL HERBS AMWAY.
Untuk lebih lanjut leh tgk link ni --> http://bidanbersalin.blogspot.com/2010/10/set-bersalin-tropical-herbs-amway.html

4) SUPPLEMENT TAMBAHAN
Disebabkan aku positif untuk menyusukan baby, banyak juga study tentang cara2 membanyakkan susu and pemakanan yang sesuai. Untuk ni aku plan nak consume ESP (Susu soya) jenama SHAKLEE dan akan jadi lobak putih and sawi sbg makanan wajib. Makanan2 ni membantu meransang penghasilan susu aka sbg MILK BOOSTER.

5) KEPERLUAN2 LAIN
Ok, untuk keperluan lain, its normal lah. Contohnya, mcm baju baby, mitten and booties tu sume keperluan2 yg kite wajib beli la utk dipakai si manja..yang tu boleh la beli ikut keperluan dan kesukaan anda. Takperlu la kot nak survey beriya untuk brg2 common nih.
Of course aku sendiri byk da wat studi pasal barang2 baby nih..and da ade da dlm kepala nk beli ape. x yah la aku list down kn...banyak sangat plak.

So, bile kite dah ada perancangan macam ni, barulah bole gi membeli dgn teratur dan bijak.
Mr.Hubby and me plan nak gi beli brg2 baby ni masa Baby Expo di PWTC 31 Mei nih!
Orang kata beli diexpo ni dpt beli dgn harga yang murah. So..ape lagi..serangg rr..sementara aku masih larat nak berjalan..hehe

Last but not least, doakan kelahiran bayi ni kelahiran yang mudah dan selamat yee! Tataa

1 comment:

ckyn wan said...

Tang diapers aku sokong. Kalau nk pakai y jenis basuh tu, better after 3months. Sbb baby selalunya berak sekali atau 2x je time ni, xde la jenuh sgt. Awl2 lahir baby asyik berak je dlm sehari. Kalau damia dl 4,5 kali gak la so beli pakai buang y murah2 xde jenama pon xpe janji selamat n xmemudaratkn baby. Sbb pakai kejap je dah kena tukar blk.