Monday, 13 May 2013

Cabaran dunia kini

Assalamualaikum..

Melihat pada fenomena masyarakat kini, saya makin risau tentang bagaimanakah masyarakat akan datang.
Kalau anda semua pengguna Facebook, pasti anda terdedah dengan macam2 perangai manusia/remaja yang diUPLOAD di Utube dan diSHARE di FB dan mendapat liputan ramai.

Saya sangat risau tentang lambakan penyebaran MAKLUMAT (yang tidak semestinya ILMU) ini yang kadang2 mudah sangat merosakkan akidah dan cara pemikiran masyarakat kita.

Saya sangat risau kalau sekarang masyarakat terlalu terdedah dgn internet (tanpa pengetahuan membezakan antara maklumat dan ilmu), laman sosial tanpa had, bagaimana pula nanti generasi akan datang? Pasti CABARAN nya akan lebih BESAR!

Dan untuk menghadapi CABARAN ini...apakah PERSIAPAN kita?

Untuk saya yang bakal bergelar ibu, dirasakan amanah ini sangat besar..Cabaran mendidik anak di dunia akan datang pasti lebih mencabar...

Melihat bagaimana remaja sekarang yang berpakaian kurang sopan, kurang ajar dgn guru dan ibubapa, mudah sangat terikut dengan fesyen, bercakap tanpa ilmu,  umpama kekurangan JATI DIRI dalam diri yang menjadi SHIELD sebagai pelindung kepada semua cabaran ni.

Oleh itu bagi saya, sebagai ibubapa muda untuk zaman ini..kepada bakal2 suami/isteri, ibubapa muda dan semua rakan2 yang ingin melihat kebaikan melimpahi generasi akan datang...jom la kita audit diri dan adakan satu matlamat dalam diri dan keluarga kita kelak...

1) Untuk mendidik generasi akan datang dengan melengkapkan mereka dgn sebenar2 ilmu yang berteraskan akidah Islam. Nabi Muhammad s.a.w dulu pon berdakwah selama 13 tahun untuk memantapkan aqidah umat Islam. Kemudian, barulah dakwahnya disusuli dengan syariat.

Jangan lah kita kahwin, hanya sebab ikutan..orang lain kawin so, aku pon kene kawin.
Atau semata2 untuk menghalalkan apa yang haram sebelum kawin. Bertanggungjawablah sebagai suami/isteri/ayah/ibu.

Ramai orang kata ingin berjaya dalam hidup. Apakah definisi kejayaaan dalam hidup anda?
Adakah dengan mendapat kerja bagus,rumah sendiri, pangkat, dan gaji besar, disegani anda dianggap berjaya?

Tolonglah fikir balik dan carilah ilmu...apa sebab kita dilahirkan didunia ini...apa sebab Allah cipta manusia? Untuk capai semua kejayaan dunia ni ke? Apa sebab kita dikurniakan anak, mempunyai keluarga? adakah hanya sebagai lumrah alam?

Tolonglah bertanggungjawab sebagai seorang manusia yang percayakan tentang Hari Kiamat. Hari Pembalasan. Tolonglah lakukan sesuatu...

Tolonglah jangan stop mencari ilmu. Ilmu yang sebenar2 ilmu...Ilmu tentang rahsia kita dilahirkan..Ilmu tentang Allah..ilmu yang menjadikan  kita hanya mencari redha Allah semata2 di dunia ini.

Tolonglah ubah kebiasaan orang2 sekarang..
ibubapa sibuk cari duit siang malam..dan anak2 mendapat kurang didikan.
Dibiarkan bermain gajet supaya mereka leka.
Bz disana sini semata2 nak dptkan kehidupan selesa untuk keluarga kononnya..

Kenapa kita didik macam tu? kenapa kita didik wang tu adalah segala2nya..
kenapa kita x didik segala2nya adalah dari Allah? dimana kehidupan ini adalah segala2nya tentang BERSERAH DIRI pada Allah.

kenapa kita didik kesenangan itu kemestian, sedangkan KEBERKATAN itulah yang MESTI kita cari..

kenapa kita didik kita mesti jadi orang yg pandai..sedangkan kepandaian itu bukan pilihan kita..tapi itu anugerah Allah bagi..Hanya Dia Maha Berkuasa menjadikan hambaNya begitu dan begini.

tapi ape pilihan kita? Pilihan kita..hanya hidup kerana Dia..Hidup berserah diri padaNya. Hidup dengan mensyukuri segala nikmatNya..dan mencari Taqwa.

Dah berapa tahun kita hidup sebgaii Islam, dan bersolat, dan berapa kali kita kusyuk mengingati Allah ketika solat??

huhuhu..marilah cari ilmu...sekurang2nya jika kita ditakdirkan mati ketika mecari kebenaran ilmu..kita dapat juga mati sebagai mati syahid...